Kisah Remaja Sindrom Down Yang Ini Menjadi Model Terkenal


Madeline Stuart, berusia 18 tahun baru-baru ini telah memutuskan untuk menjadi seorang model. Ceritanya menjadi tajuk utama dan memenangi sokongan kerana satu perbezaan kecil, Maddy mempunyai Sindrom Down.
Oleh kerana beliau sukakan berenang dan menari, Maddy berasa kecewa dengan berat badan beliau yang berlebihan itu telah menahan dirinya daripada melakukan aktiviti yang disukai.
Namun, dengan bantuan ibunya, Rosanne, beliau berjaya menurunkan berat badan sebanyak 20kg!

Tenaga dan keyakinan baharu yang diperoleh Maddy telah mendorong beliau untuk menceburi bidang permodelan, dan cerita inspirasi beliau tidak lama selepas itu mendapat penyokong dalam label Living Dead, yang menandatangani model dengan pelbagai jenis bentuk badan.
Lihatlah rupa dan susuk tubuh Maddy sekarang. Cantik!