Baru-baru ini Yasser Ahmad berkesempatan untuk masuk dan melihat Kaabah dari dalam. Peristiwa yang berlaku pada 30 May 2015 itu beliau kongsikan bersama di laman instagram beliau bersama-sama dengan caption dalam bahasa arab. Mari kita lihat gambar-gambar yang dikongsi beliau.
Penjuru dimana Rukn Al-Yamani terletak di bahagian luar

Tanda di lantai itu menunjukkan tempat dimana diriwayatkan bahawa Baginda mengerjakan ibadah Solat.
Meja dimana wangi-wangian diletakkan.
Nota Editor : Subhanaallah Allahuakbar! Semoga suatu hari nanti kita diberi kesempatan yang sama. Terasa rindu untuk pergi menziarahi dua tanah haram ini. Hati meruntun-runtun untuk kesana. Murahkanlah rezeki kami dan berilah kesihatan dan kekuatan untuk kami kesana lagi. Ameen..
Kredit gambar kepada : Yasser Ahmad | Artikel Oleh Kiambang Merah