Video Sebuah Drone Berlanggar Dengan Sayap Kapal Terbang. Sangat Menakutkan!



Sebuah kapal terbang dipercayai Southwest Airlines telah mengalami kerosakan teruk pada bahagian sayap apabila sebuah drone datang secara tiba-tiba dan berlanggar. Dalam video ini menunjukkan sebahagian dari sayap kapal terbang patah dan rosak sehingga menyebabkan kapal terbang hilang kawalan. 

Apa nasib yang menimpa kepada kapal terbang dan penumpang pesawat tersebut tidak dapat dikenal pasti.


Inilah antara sebab kenapa drone akan diharamkan dan perlu mendapat lesen dari pihak berkuasa. Hanya kerana sebuah permainan yang menjadi kegilaan, boleh menyebabkan ratusan kematian.

p/s: jangan kata kapal terbang ni tak tinggi, kita jatuh dari tingkat 2 bangunan pun dah innalillah...

Adakah anda setuju? Apa komen anda?



Updated : Video ini Fake! Cuma kita masih lagi boleh ambil pengajaran. Cuba bayangkan jika kejadian ini betul-betul berlaku, apa akan terjadi kepada pesawat? Mohon pakar-pakar aviation beri sedikit sebanyak komen. Sama-sama tambah pengetahuan.