Seperti yang kita sedia maklum, untuk membaca al-Quran secara bertarannum, ianya memerlukan kawalan suara dan nafas yang agak panjang. Terutama bila masuk ke peringkat-peringkat atas seperti jawab bayyati dan jawabul jawab. Ianya memerlukan latihan untuk mendapatkan nafas yang panjang itu.
Macam orang berlari 400 meter. Mereka-mereka yang mampu mengawal pernafasan dan mempunyai stamina yang tinggi, akan steady je berlari. Sedangkan yang tak pandai kawal pernafasan, akan pancit di tengah jalan. Lebih teruk daripada tu, bleh muntah hijau dulu sebelum boleh menyambung larian.
TIPS MEMANJANGKAN NAFAS
1. Tahan Nafas
Nafas terbahagi kepada dua, iaitu nafas perut dan nafas dada. Dalam nafas perut, ketika menarik nafas, perut mengembung, sedangkan dalam nafas dada, ketika nafas ditarik, yang mengembung adalah dada. Teknik yang efektif adalah teknik pernafasan perut. Bukan pernafasan dada.
Setiap hari, lakukan latihan menahan nafas (nafas perut). Contohnya hari ni dapat menahan nafas selama 20 saat, esok 20 saat dan seterusnya. Atau kita boleh ikut cara orang lama, iaitu tahan nafas dalam air seperti dalam kolam/sungai selama mungkin. Insya Allah kalau biasa berlatih, nafas kita akan menjadi panjang.
Cara kedua pula, senaman Tarik-Tahan-Keluar. Mula-mula, tarik nafas(nafas perut) sedikit demi sedikit selama 10 saat sehingga perut penuh, kemudian tahan selama 10 saat sehingga perut terasa keras dan akhir sekali hembus sedikit demi sedikit selama 10 saat. Kemudian tambahkan kadar pada esokkan harinya pula seperti menjadi 15 saat, 20 saat dan seterusnya.
2. Jaga Pemakanan
Selain itu, pemakanan dan peminuman juga perlu dijaga. Jamal Abdillah bagitau, kalau beliau nak buat persembahan, biasanya beliau akan banyakkan minum air suam dan mengelakkan makan benda2 pedas dan minuman sejuk. Sebab makanan pedas dan minuman sejuk (ais) boleh menyebabkan berhingus dan berkahak. Kahak itu akan menyebabkan suara serak dan nafas menjadi pendek serta semput
3. Rajinkan Bersenam (Lakukan 3 kali seminggu, 20 minit bagi setiap sesi)
Dengan bersenam, akan menjadikan badan cergas, pernafasan pun akan jadi teratur. Kalau malas bersenam, nafas akan cepat semput. Selalu joggin pada waktu pagi supaya anda menjadi fit and fresh. Cara-cara berjogging adalah seperti berikut :-
i) Mulakan latihan pertama dengan joggin constantly selama 20 minit. Kemudian latihan kedua tambahkan 5 minit, dan seterusnya.ii) Kalau dah selesa dengan cara i), tambahkan kaedah sprint dalam latihan tersebut. Contohnya anda sprint selama 2 minit selepas berjoggin selama 10 minit.iii) Sebelum melakukan latihan, nafas seperti biasa, dengan menarik dan menghembus nafas ikut hidung. Ketika dan selepas melakukan latihan, bernafas dengan menarik ikut hidung dan menghembus ikut mulut.Untuk memudahkan latihan, lakukan senaman pada waktu pagi (lepas solat subuh).
4. Jeritan Batin
Ambil baldi atau pergi ke sungai, tarik nafas dalam-dalam, kemudian masukkan kepala dalam air tersebut dan menjerit sekuat mungkin. Lakukan ini beberapa kali dalam sehari, kemudian cuba nyanyikan lagu yang bertempo panjang.
Sudah membaca tentang tips memanjangkan nafas? Alhamdulillah. Semoga anda praktikkannya untuk membolehkan nafas anda menjadi lebih panjang. :D
Suara yang bagus pasti kita semua menginginkannya apalagi bagi seseorang yang hobby membaca Qur’an, berikut ini cara-cara agar anda memiliki suara bagus tersebut.
TIPS MERMERDUKAN SUARA
1. Menjernihkan Kerongkong
Selepas bangun tidur, masukkan kedua-dua jari telunjuk ke dalam kerongkong dan anak tekak sampai keluar air yang berlendir. Lakukan ini sebelum memberus gigi sebab kalau dah berus gigi, lendir tu susah nak keluar.
2. Titiskan Air
Titiskan air dalam lubang hidung. Nanti lendir dalam hidung dengan dekat kerongkok tu keluar.
3. Minum Air Suam
Biasakan diri untuk minum air suam pada waktu malam. Jangan terus diminum air tersebut, kumurlah dahulu air suam itu, kemudian lepaskan ke dalam perut sediki demi sedikit sehingga dapat dirasakan di kerongkong.
4. Jaga Pemakanan dan Minuman
Jangan mengambil makanan yang banyak minyak dan santan. Lagi satu, jangan minum air berais (air sejuk) banyak sangat, banyakkan minum air mineral yang suam sahaja. Kurangkan minuman yang berkafien juga seperti teh dan kopi.
5. Latihan Vokal
Lakukan latihan vokal dengan menyanyikan lagu yang memiliki nada rendah. Ketika menyanyi, keluarkan suara dengan jelas tanpa ditahan. Menanyi dengan kuat agar pita suara terbiasa dan dapat melebar.
Seterusnya, nyanyikan tanda nada, do, re, mi, fa, so, la, ti, do dalam nada rendah. Kemudian nada sederhana dan last sekali nada maksimum(macam menjerit), agar pita suara menjadi elastik dan kita terbiasa. Akhir sekali, biasakan untuk menyanyi lagu yang bernada tinggi (macam lagu rock), mula-mula anda akan rasa susah, tapi lama-lama mesti dah terbiasa.
Lakukan latihan vokal ini minimum satu jam sehari agar suara menjadi lebih mantap.
Akhir sekali, sertakan doa kepada Allah untuk menjadikan suara kita lebih merdu dan nafas menjadi lebih panjang. Insya Allah sekiranya niat kita adalah baik, Allah akan memakbulkan doa kita. Insya Allah..
Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, anda dibenarkan untuk share dengan rakan-rakan anda. Tekan butang share di bawah. Terima kasih.
Mesti Baca Ini Juga : Salah Faham Solat Jamak Qasar Yang Selalu Orang Buat