18 Cara Menjimatkan Minyak Kereta Yang Nampak Mudah Tapi Sangat Berkesan
Unknown01. Isi Minyak Awal Pagi atau Tempat Tinggi.
Isi minyak diwaktu awal pagi atau diwaktu suhu sejuk. Ini kerana ia mempunyai kapasiti lebih banyak cecair petrol pada waktu sejuk berbanding waktu panas kerana banyak wap.
02. Tekan Nozzle Perlahan-lahan.
Isi minyak secara perlahan-lahan supaya cecair petrol dapat masuk sepenuhnya kedalam tangki dan mengurangkan fenomena wap petrol meruap bebas dan membazirkan petrol anda.
03. Isi Minyak Sampai Penuh.
Isi minyak semasa tangki separuh penuh. Ini kerana lebih banyak baki minyak dalam tangki akan mengurangkan kapasiti ruang udara sekaligus anda dapat lebih petrol dalam tangki yang lebih optimum.
04. Kurangkan Beban Kenderaan.
Kurangkan beban berat. Jangan bawa barang yang tidak perlu. Penambahan berat sebanyak 50 kg meningkatkan penggunaan minyak sebanyak 2%.
05. Periksa Tekanan Tayar Anda.
Perhatikan tekanan angin tayar anda. Tekanan angin yang berkurangan akan menambah 5% penggunaan minyak kerana geseran berlebihan.
06. Servis Kenderaan Anda.
Penyelenggaraan. Penalaan injin yang teruk meningkatkan penggunaan minyak sehingga lebih 50%. Rajinlah periksa secara berkala tahap palam pencucuh, tali kipas dan penapis udara.
07. Pandu dengan Kelajuan Moderate.
Kelajuan – Lebih perlahan anda memandu, lebih jimat minyak yang digunakan malahan dapat mengelak dari kena saman. Memandu melebihi 90 km/j akan meningkatkan dengan ketara penggunaan petrol.
08. Matikan Enjin Anda.
Jika kereta tidak bergerak, matikan injin jika sekadar menunggu sesaorang. Elakkan menekan pedal minyak jika kereta tidak bergerak.
09. Gunakan Gear Yang Sesuai.
Penggunaan Gear – Pilih gear yang sesuai dengan kelajuan. Menggunakan gear rendah untuk kelajuan tinggi menyebabkan pembaziran minyak kerana rpm injin akan meningkat. Gunakan mod ekonomi jika kereta anda memilikinya.
10. Elakkan Brek Secara Mengejut.
Brek – Jika anda sudah tahu dimana hendak berhenti, perlahankan kereta anda secara beransur-ansur. Elakkan memberek secara mengejut.
11. Rancang Perjalanan Anda.
Perancangan – Rancang perjalanan untuk mengelakkan kesesakan lalulintas. Ini menjimatkan masa wang dan mengelak tekanan. Anda juga boleh mengatur perjalanan anda agar dapat memaksimakan tujuan dalam satu perjalanan. Contohnya balik dari kerja boleh singgah membeli barang, mengisi minyak dan sebagainya. jadi tak perlu keluar berulang kali.
12. Minimumkan Penggunaan Kenderaan.
Minimum – Kurangkan perjalanan jarak dekat kerana ini meningkatkan penggunaan minyak sebanyak 40%. Kalau sekadar kekedai berhampiran eloklah hanya menaiki moror , basikal atau berjalan kaki sahaja.
13. Tutup Air Cond Anda.
Tak perlu pasang air cond kalau cuaca dah sejuk, atau tutup air cond apabila dah nak sampai destenasi. Penggunaan minyak bertambah 10% apabila menggunakan air cond.
14. Pandu Dengan Berhemah.
Tak usah merempit, cilok sana sini, kalau boleh perlu bujak tekan pedal minyak dengan cara berhemah. Kalau nak jimat kenalah bawa secara sederhana saja tak perlu laju-laju. Yang penting slow & steady saja. Kalau nak racing pergilah masuk sepang circuit.
15. Kurangkan Rintangan Angin.
Pastikan tingkap kereta tidak dibuka sepenuhnya semasa memandu. Jika tidak kereta anda akan bertambah geseran dan perlahan menyebabkan anda terpaksa menekan lebih banyak pedal minyak untuk bergerak.
16. Gunakan Transmisi Manual.
Kurangkan perjalan semasa waktu puncak kerana kesesakkan jalanyara juga menyebabkan penggunaan minyak lebih dari biasa. Elok gunakan kereta bergear manual sebab kereta auto lebih banyak makan minyak
17. Gunakan Minyak Enjin yang Berkualiti.
Pastikan enjin berfungsi dengan baik dan sentiasa di servis dan tukar minyak pelincir mengikut jadual. Gunakan minyak injin yang berkualiti untuk memaksimakan kebersihan injin. Rujuklah kepada mekanik anda kerana mereka lebih arif tentang hal ini.
18. Elakkan Warming Up Enjin Terlalu Lama.
Warming up enjin kereta anda sekurang-kurangnya 30 saat setelah injin dihidupkan. Tak perlu tekan pedal minyak semasa warming up kerana ia hanya membazir minyak sahaja.
0 comment... add one now
Next post: ← Next Entries
Prev post: Previous Entries →