Tidak dinafikan Melaka ada banyak tempat yang menarik untuk dilawati dan Melaka antara salah satu negeri di Malaysia yang dapat menarik banyak pelancong luar untuk datang dan melawat negara Malaysia. Sekarang ni kalau korang nak tahu Melaka dah moden.. Tak macam dulu tau!
Selain dari struktur bangunan yang menarik di sana, Melaka juga ada tempat makan best yang korang KENA lawati. Kalau nak ikutkan banyak sangat list yang kami senaraikan. Tapi takpe, untuk korang punya pasal kami listkan antara kedai makan yang ‘THOR-baik’ di Melaka ni. Enjoy!
1) Warung Nek Munah, Sungai Petai
Bagi siapa yang pernah study kat Melaka dulu, warung Nek Munah yang bertempat di Sungai petai merupakan lokasi wajib korang untuk datang sarapan pagi. Korang kena roti tampal garing telur goyang dengan nasi lemak kat sini. Memang padu beb!
Haa lagi satu makanan kat sini cepat habis sebab memang ramai sangat orang datang. So korang yang belum pernah sampai tapi ada plan nak datang, datang la lepas subuh eh.. Hehe
2) Pak Putra
Naan kat sini bukan macam naan kat kedai mamak biasa. Rasa naan kat sini memang lain macam beb! Naan pun ada macam-macam jenis sampai korang sendiri tak tahu nak order apa. Tapi butter chicken dengan double cheese nan kat sini memang terjamin sedap!
3) Asam Pedas Claypot
Kalau nak diikutkan kat Melaka memang banyak gila kedai asam pedas, tapi kedai Asam Pedas Claypot yang bertempat di Kota Laksamana ni menjadi pilihan ramai. Nampak simple je kan? Tapi rasa asam pedas kat sini memang menikam kalbu beb!
4) Calanthe Art, Jonker Street
Hek elehh, ingat kan Kuala Lumpur je ke ada kafe hipster? Kat Melaka pun ada la.. Calanthe Art merupakan antara pilihan kami kerana kafe kat sini memang sangat chill and tempat nya juga amat unik! Dan paling penting, makanan kat sini sangat sedap dan harga makanan sangat berbaloi.
5) Coconut Shake, Klebang
Haa kalau tengah-tengah panas dan korang dahaga macam nak separuh mati, kami cadangkan korang pergi beli coconut shake kat Klebang ni. Fuhh memang nikmat dapat cocunut shake lagi-lagi waktu petang. Di sana juga ada sediakan makanan seperti nasi lemak dan kuih-muih. Caya lah!
6) Barkat Roti John Asli
Kenapa Barkat Roti John lain dengan roti john kat pasar malam? Haa sebab nya roti john kat kedai sangat fresh dan roti nya sangat crunchy. Rasa-rasanya kalau korang makan memang tak cukup satu ni. Hmm.. Haa lagi satu kedai ni juga ada ayam golek tau. Not bad!
7) Nasi Ayam Gemas, Cheng
Nasi ayam gemas ni bukan je ada kat Melaka tapi ada juga di Senawang, Putrajaya dan beberapa tempat lagi. Tapi apa yang uniknya kedai ni bukan ada kat semua tempat dan apa yang menarik mengenai nasi ayam kat sini ialah ayam nya! Ayam goreng di kedai ni sangat berbeza dan tak tahu nak cakap macam rasa sedap tu.
8) Ikan Bakar Parameswara
Ikan bakar di sini merupakan pilihan orang ramai jika berkunjung ke Melaka. Salah satu kenapa lokasi ni menarik adalah kerana tempat nya amat strategik dan menarik. Tengok lah gambar kat atas tu. Tak ke romatik kalau bawak awek datang sini? Heheee
9) Jonker 88, Jonker Street
Kedai di Jonker Street ni memang ramai pengunjung. Makanan kat sini semua best-best! Nampak dari luar kedai ni macam biasa-biasa je kan? Sebenarnya kat dalam kedai ni punya interior memang sangat menarik! - Ohbulan.com