Gempar! Anonymous Malaysia Mengisytiharkan Perang Dengan Kerajaan Malaysia



Sebuah video berdurasi lapan minit telah di keluarkan oleh kumpulan hacker yang menamakan diri mereka sebagai Anonymous Malaysia mengancam kerajaan Malaysia dan Perdana Menteri, Najib Razak

Selain kerajaan dan Najib razak, mereka juga turut mengisytiharkan peperangan internet kepada SPRM, PDRM dan 150 portal web yang disasarkan oleh mereka.

"Hari ini kita bersemuka dengan Datuk Seri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak. Kami mengisytiharkan perang dan mencabar beliau.

Mereka memberi amaran bahawa serangan tersebut akan dilancarkan semasa demonstrasi Bersih 4.0 pada 29 Ogos sehingga 30 Ogos 06.00 - 5.00

"Kami juga menyeru Anonymous Antarabangsa untuk menyertai kami, untuk memberi bantuan kepada semua rakyat Malaysia untuk menunjukkan peperangan internet kami,” petikan dari video.

Mereka menuntut agar Najib Razak meletak jawatan sebagai perdana menteri susalan “jenayah-jenayah” yang telah beliau lakukan.

Antara “jenayah” yang disebutkan ialah : 
  1. Skandal 1MDB
  2. Rusuhan Low Yat
  3. Kebakaran Bukit Aman
  4. Pembunuhan Altantuya
  5. MH370
Anda boleh tonton video penuh di bawah. - KaptenPress.com

(Tonton dan sebarkan sebelum video ini "dipadamkan".)

Anonymous Malaysia Mengisytiharkan Perang Cyber Dengan Kerajaa...
Anonymous Malaysia Mengisytiharkan Perang Cyber Dengan Kerajaan Malaysia...Save The Date : 29-30 Ogos 2015, 2.30 p.m
Posted by Kapten Press on Monday, August 10, 2015

0 comment... add one now