Lelaki Ini Bongkar Rahsia Disebalik Kegembiraan PM Atas Kelahiran Anak Panda
UnknownAbang rasa terpanggil untuk mempertahankan kegembiraan Dato' Seri Tun Dr. Mahaguru Master Mister Mamaku Aduh Aduh Sayang Najib Razak The Last Airbender Shippuden.
Abang lihat, ramai netizen yang mencerca & menghina status Pahlawan Bugis terbilang ini. Kita sebagai orang muda tidak sewajarnya berbuat demikian, sebaliknya menterjemah makian tersebut di dalam peti undi pilihanraya.
Apa sebenarnya yang hendak disampaikan oleh beliau memerlukan ilmu pentafsiran yang mendalam kerana beliau bukan menggunakan sebarangan ayat-ayat mudah seperti dialek pasar harian mahupun pasar malam.
Apabila Liang Liang Lahad beranak, ini bermakna Kerajaan Malaysia perlu membayar RM 2 juta kepada Kerajaan China & hanya boleh membelanya selama 2 tahun sahaja sebelum diserahkan kepada Kerajaan China komunis dapig zalim harbi itu.
Ini bermakna akan berlaku pertukaran mata wang serta pengaliran mata wang ke luar negara. RM akan melonjak sehingga USD 2.60 per RM 1.00 akibat kelahiran anak Liang Liang Lahad ini. Inilah antara kegembiraan yang dimaksudkan oleh beliau.
Bukan itu sahaja, kegembiraan ini sebenarnya sama taraf seperti Pasukan Bola Sepak Negara telah memenangi Piala Dunia 1998 di Perancis, Piala Dunia 2002 di Korea/Japan, Piala Dunia 2006 di Jerman, Piala Dunia 2010 di Afrika & Piala Dunia 2014 di Brazil. 5 kali merangkul kejuaraan dunia berturut-turut, bukan mudah untuk memiliki kegembiraan seperti ini dik.
Malahan, semua masalah negara akan selesai lantaran kelahiran anak Liang Liang Lahad ini. Rentetan nilai RM mula mengatasi nilai USD, maka hutang negara akan dibayar secara lumpsum. Malaysia akan menjadi negara pertama dalam dunia tidak memiliki hutang. Oleh demikain, segala hutang-hutang rakyat Malaysia juga akan dibayar oleh Kerajaan Malaysia. Bayangkan hutang kereta, rumah akan ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia.
Ini baru sikit jer abang tafsirkan kegembiraan yang dimaksudkan dik. Abang malas nak buka buku tafsir, nanti pelbagai tafsiran pula abang taip sampai Makjukebox marah abang.
Credit : FB Nur Miba
0 comment... add one now
Next post: ← Next Entries
Prev post: Previous Entries →