Alvin Tan Bertatu "Allah" Di Peha, Komen Lelaki Ini Sangat WIN



Alvin Tan memang terkenal dengan provoksi agama beliau. Baru-baru ini beliau memuat naik gambar tatu beliau yang bertulis "Allah" di kawasan peha beliau. Hal ini telah menyebabkan ramai ummat islam berang dan marah akan tindakan beliau. Walaupun demikian, lelaki ini tampil dengan tenang dan kacak sekali. Lihat bagaimana reaksi beliau. WIN!


"Lutfi Lokman : Tuan Alvin taip 'allahuakbar' dalam tulisan arab tu bersambung. kena jarakkan sikit. baru betul. perbaiki lagi. kalau nak coaching one to one kelas bahasa arab pun saya boleh. pm ambe deh.


...


semasa saya bekerja dengan seseorang 'orang besar', beliau selalu menyebut-nyebut tentang beliau tidak mahu bertanding dalam pilihanraya kali ini (PRU yg lepas).

cukuplah baginya beliau membantu kerajaan dan sentiasa berdamping dgn ketua kerajaan lalu menjadi penasihat beliau. saya diam dan perati jer dato' tu.

tapi setiap kali bersembang, dia mesti buka pasal dia taknak bertanding. dia rasa bersyukur kerana pilihan dia tepat. mujur dia berdoa pada Allah tentang membuat pilihan itu. sekarang ketua sayang dialah. ketua tengok dialah. dia tak kesahlah jawatan dalam pilihanraya itulah dan blablablabla.. hampir setiap hari saya mendengar cerita tersebut. saya diam jerlah sebab saya pegawai bawahan dia. takkan nak tumbuk dia. tak hormat pula orang kata kalau budak2 tumbuk orang tua.

akhirnya saya mendapat maklumat daripada sumber yg sangat sahih dan mutawatir (ni dalam kelas personal coaching, saya ajar tuan Alvin maknanya) bahawa beliau sebenarnya ingin bertanding, tapi tiada siapa yang ingin beliau untuk dijadikan ketua. Lalu dia jaja cerita yg dia taknak bertanding pun. tak hingin pun. 

selepas berhenti notis 24 jam daripada 'orang besar' itu tadi, saya ada ceritakan perihal itu pada sahabat saya. dia pun berkata :

"orang kalau asyik sebut benda yg konon-konon dia taknak, tapi siang malam asyik berzikir benda itu jer, ia bermakna dia teringin dan mungkin benda itu terlepas atau dia tidak layak. maka dia ceritalah yg dia ni tak maulah. lebih baik macam nilah. itulah. inilah. nak kaber malu."

perlahan saya mengangguk mengiyakan kata-katanya. 

Di sini, saya juga melihat tuan Alvin sering menyebut-nyebut tentang Islam, Allah, Muhammad, melayu, sedangkan bagi pendapat saya banyak lagi dalam dunia ni yang tuan Alvin boleh ceritakan. Cerita pasal Bersih4.0 ker, cerita pasal Fast n Furious ke, cerita pasal suasana kehidupan di US ke, atau paling kurang cerita asal usul teh cina tak letak gula. best juga tu. Saya hampir tidak percaya kenapa teh cina tak letak gula. Boleh minum ka? Tapi selepas mencubanya semalam, saya dah boleh try sikit2lah. ok gak rasa dia. 

اللبيب يفهم بالإشارة.. 

ikhlas,
Lutfi Lokman
Bakal saudaramu."

Kami tidak rasa kita perlu memberikan perhatian kepada Alvin Tan ini. Biarkan dia dengan khayalan sendiri. Jangan berikan perhatian. Semakin kita beri perhatian, semakin terlompat-lompat beruk beliau kesukaan. 

Tidak perlulah mengamuk-ngamuk di Facebook beliau. Cukuplah komen-komen tenang dan kacak bergaya seperti abang ini. 

0 comment... add one now