Tips Nak Cover Kalau Umur 24 Tahun Majikan Nak Pengalaman 30 Juta Tahun



Ramai anak-anak manja yang baru grad kata *IS IT POSSIBLE??* Tapi untuk anak orang miskin sepertiku YES ini possible. Jangan pandang number (umur) pandang pada pengalaman. Hari ini saya nak mengajar bagaimana anda boleh gain experience yang banyak pada umur yang muda.

START PADA LEPAS SPM.
Adik. Kalau kau lepas SPM kau duduk terperap di rumah kau mmg rugi. ada jugak Mak bapak tak bagi anak kerja sbb kata "aku mampu bagi anak aku makan". Hakikatnya Tuan Puan sudah musnahkan pengalaman dan pengajaran yang dia bakal peroleh. Let him/her go to gain experience in working field. Bagi mereka rasa jadi KULI.

Suggestion aku: adik-adik semua pergi lah kerja sebagai cashier di FAST FOOD. KFC,MCD,SUBWAY you name it. Rata-rata siapa yang pernah kerja fast food lepastu masuk U semua berjaya sekarang. Kenapa?

Satu: Able to handle people and own stress. Sbb kau akan belajar DEAL dgn manusia and how to handle it! oh ya BELAJAR HANDLE MANUSIA LAPAR ye. manusia yang lapar adalah manusia yang kurang sabar dan di fast food kau akan jumpa pelbagai jenis manusia dan bangsa. Di samping kau kena sabar dgn perangai manusia kau kena sabar jugak dgn perangai manager kau yang nak kau ikut procedure yang betul yang sangat menjengkelkan. Cth: Serve customer order 3 Dinner plate KFC dgn masa 60Saat.

Second: Improve communication skills. Kau akan automatic pandai ckp melayu dan english dgn jayanya. Di samping kau kena belajar sikit2 bahasa Cina, India dan Arab utk foreigner2 yang tak pandai ckp english.

Third: Belajar utk jadi jujur dan tersangat teliti. Yes jadi cashier kau akan pgg duit beribu dalam masa 30 minit masa peak hour. Kau kena pastikan duit yang kau pgg dan bakal bg kat customer tepat2 dan tidak lebih jangan kurang. belum lagi cerita pasal duit shot dan kena bayar balik.

Fourth: Bersyukur. Kau akan dapat gaji sikit. Serious tak setanding dengan penat. Tapi kau akan dpt pengalaman berharga yang kau takkan lupa dan betul2 akan membantu kau bila kau bekerja lps habis belajar.

Lepas dapat masuk U belajar2 la buat business/jadi dropship. Sedikit sebanyak pengalaman kau kat fast food akan ajar kau how to handle customer. Business kau akan ada duit sedikit sebanyak utk tampung perbelanjaan di U nanti. Boleh jugak sambil belajar bila habis kelas mengajar pada weekend sebagai guru tuisyen.(tambah pahala) boleh beli aset seperti scooter atau kereta second hand utk memudahkan pergerakan.

Masa cuti sem jangan melepak! cari kerja part time. Tukar la angin kat mana2 untuk gain more experience dan jgn expect kau kerja office je.kalau masa aku asasi ke degree aku estimate ada 8 kali cuti sem. Setiap sem tukar2 lah angin utk dapat experience. Cari la kerja di supermarket, butik, kedai makan dan mcm2 kerja ada. Kalau 8 kali cuti sem 8 kali tempat kerja kau boleh gain experience.

Total kerja before asasi: 1 kerja+Total kerja masa asasi: 2 kerja+Total kerja masa degree: 6 kerja+Tambah business: 1 kerja+practical training:1 kerja

total: 11 kerja.

Nah! byk experience kan. Lepastu kalau majikan tu tanya kenapa asyik tukar2 kerja. Kau ckp lah: Saya nak gain experience, walaupun majikan lama saya memanggil saya balik utk bekerja dgn mereka semula. Saya memilih utk gain experience.

Lepas degree terus jadi bos kecik. hahaaa! (not everyone lah! tapi most probably yes) Kau akan ada degree with full of experience. Walaupun bukan experience in professional line. Tapi once kau jadi org atas. Kau takkan lupa how to berada di bawah.

Okay itu sahaja sharing utk hari ini.

Yang ikhlas M41 (sebenarnya aku pun kuli)

– Abang Sadow - IIUMC

0 comment... add one now