11 Tanda Bila Lelaki Jatuh Hati Dengan Anda



Tanda Lelaki Jatuh Cinta. Adakalanya, orang yang kita suka, tak suka kepada kita.Dan bila orang suka pada kita, kita pula tidak suka padanya!

 Tetapi saat paling indah adalah apabila anda saling menyukai antara satu sama lain. Terasa dunia ini milik anda berdua.Pastinya anda berminat untuk tahu tanda-tanda si dia jatuh cinta kepada anda bukan? Kiambang Merah mahu berkongsi dengan anda beberapa tanda lelaki jatuh cinta :

1# Dia Selalu Memerhatikan Anda

Bila anda bercakap dengan orang lain,mata anda menangkap dia sedang memerhatikan anda berulang-ulang kali. Jika ini berlaku lebih daripada beberapa kali, maka anda boleh cukup yakin dia mempunyai minat kepada anda.

2# Mula Menegur

Ini adalah langkah pertama dalam perkenalan apabila seseorang itu berani menegur. Mungkin tegurannya nampak remeh dan anda berasa sedikit pelik, tetapi itulah cubaan untuk mengenali anda yang diminati.

 Anda mungkin boleh menjawab pertanyaannya dengan bersahaja, berbual dengan teruja atau sebagainya bergantung kepada sejauh mana anda mahu mengenalinya. Namun awas, jangan sesekali berkasar jika dia bertanya dengan lembut kerana menyakiti hati seseorang bermakna anda cuba mencari musuh dengannya.

3# Dia Amat Berguna

Adalah penting untuk membezakan antara membantu dengan ikhlas ataupun mengambil berat secara berlebihan. Ya, kita bercakap mengenai lelaki yang mengikuti anda dengan setia dan bersedia untuk membantu anda pada bila-bila masa. Jika dia tidak pernah mengungkit semasa dia membantu anda, maka dia sebenarnya menaruh hati pada anda!

4# Selalu Puji Anda

Dia selalu alert dengan apa yang ‘lain’ dengan diri anda dan tidak lokek untuk memberikan anda pujian. Dia juga tidak kisah dengan personaliti anda dan menerima anda seadanya.

5# Bersetuju Dengan Pendapat Anda

Jika seorang lelaki yang tegas menyokong dan bersetuju dengan pandangan anda dalam bulatan sosial, itu bermaknanya dia cuba untuk mendekati anda dengan lebih lagi. Bukan sekali dia bersetuju dengan anda, bahkan setiap keputusan yang anda lakukan, dia sentiasa menyokong anda.

6# Dia Melakukan Perkara Gila-Gila Untuk Anda

Cinta membuatkan kita sedikit gila. Kalau dia sanggup melakukan perkara gila atau memalukan dirinya semata-mata nakkan perhatian dari anda, maknanya dia memang ada hati pada anda.Kalau tidak, takkanlah dia sanggup melakukan apa saja demi anda!

7# Dia Selalu Menghubungi Anda

Ini adalah taktik biasa yang mudah mencairkan hati wanita…. iaitu menerusi telefon. Kadang-kadang tak ada perkara yang ingin dibualkan pun tapi oleh sebab dia rindu nak dengar suara anda, dia menelefon anda dengan kerap. Jika seorang lelaki memanggil anda dengan kerap dan anda berdua mempunyai rutin perbualan yang panjang hingga ke tengah malam, ehem ehem..adalah tu!

8# Dia Melindungi Anda

Dia sering bimbang tentang keselamatan anda dan prihatin tentang sesiapa yang berada di sekeliling anda. Menjadi pelindung juga boleh menjadi tanda bahawa dia mengambil berat tentang anda lebih mendalam daripada apa yang anda fikirkan.

9# Dia Cemburu

Ini adalah tanda-tanda normal bila seseorang sukakan anda. Dia mudah cemburu apabila anda banyak menghabiskan masa dengan orang lain dan mudah menjadi cemburu bila ada lelaki mendekati anda. Jika dia menyoal anda tentang status anda bersama dirinya, jaga-jaga, mungkin dia mahu meneruskan hubungan ke tahap seterusnya.

10# Dia Berkongsi Perasaan Dengan Anda

Lelaki memilih tentang perkara yang mereka dedahkan dan kepada siapa. Perasaan mereka, emosi dan kebimbangan diberitahu kepada yang mereka percaya sahaja. Jadi kalau anda menjadi tempat dia meluah masalah dan perasaan, maknanya dia mempercayai anda dan mungkin mempunyai tempat yang sangat istimewa di dalam hatinya.

11# Dia Dapat Tangkap Isi Hati Anda

Seorang lelaki suka akan anda jika dia tahu apa yang anda fikirkan. Dia tahu anda sedang marah, gembira atau apa sahaja mood yang sedang anda ada ketika itu. Bahkan dia juga sedia mendengar masalah anda dan kadangkala dia akan gembirakan anda dengan bermacam cara jika dia tahu anda sedang sedih.


Haaa. Kalau betul dia ada tanda-tanda di atas, sah dia sedang jatuh hati dengan anda. Selamat berkenalan! 😉

0 comment... add one now