Demi Dijadikan Makanan, Paus Ini Dipotong Hidup Hidup



Apakah yang anda akan lakukan jika terlihat situasi seperti ini? Kejadian ikan paus dipotong hidup-hidup ini berlaku di China dan dalam masa yang sama kami juga rasa kasihan dengan perkara yang menimpa paus tersebut lebih-lebih lagi paus tergolong dalam haiwan yang dilindungi.

Ikan paus jerung terletak di dalam kategori haiwan dilindungi di China malah undang-undang juga mengatakan jika ia tertangkap, ikan tersebut perlu dilepaskan kembali. Bagaimanapun, demi wang yang lumayan, perkara ini sering diabaikan.


Kejadian yang anda bakal lihat di dalam video pendek ini terjadi di pasar ikan Guangdong, China. Apa yang lebih memeritkan untuk dilihat ialah mulut ikan masih lagi tercungap-cungap sambil badannya dipotong sekeping demi sekeping menggunakan gergaji.


Perkara tersebut mencetuskan bantahan di Youtube dan ramai yang menyifatkan warga China yang terlibat bersikap biadap kerana tidak mengendahkan larangan undang-undang. Jika anda sanggup tonton, kami kongsikan video pendek tersebut di bawah.
AMARAN: Jangan lihat jika anda tidak kuat semangat
Apa pendapat anda mengenai perkongsian ini? Kongsikan bersama kami di ruangan komen.

0 comment... add one now