KEADILAN BUAT ANAK SYURGAKU, KORBAN DI TASKA…..
“Di mana PIHAK YG SEPATUTNYA BERTANGGUNGJAWAB dalam hal kematian ini???
MENGAPAKAH TASKA INI MASIH BEROPERASI SEPERTI BIASA??? CUAI SEHINGGA MELIBATKAN KEMATIAN.
Saya amat tidak bepuas hati ngan “TASKA KASIH FIDZA” di Taman Pinggiran Templer , Bandar Baru Selayang. Dimanakah letaknya tanggungjawab seorang pemilik Taska sehingga kini kami sebagai ibubapa tidak mengetahui dan tidak mendapat sebarang penjelasan yang tepat dan jujur punca sebenar kematian anak kedua kami. Kami hanya mendapat penjelasan dari pihak Polis bahawa anak kami meninggal disebabkan “TERJERUT WAYAR EXTENSION”. Selama ini kami telah meletakkan kepercayaan ke atas pihak Taska tapi ini yang berlaku. Tiada sebarang jawapan apabila kami bertanyakan pada pemilik Taska akan punca sebenar dan bagaimana ia boleh terjadi??
Sekarang sudah 3 minggu perginya arwah anakanda Farees Ikhwan tetapi Taska ini masih lagi beroperasi. Semoga kes kematian anak kami ini menjadi iktibar dan pengajaran buat taska-taska lain dan ibu bapa untuk memilih taska. Jgn buka Taska kalau setakat nak duit tapi tak bertanggungjawab!!!
Kronologi :
Pada 3 Ogos 2015@Isnin, dalam pukul 4:50 petang, saya dikejutkan dengan berita kematian anak saya yang diberitahu oleh Doktor Ayu dari Klinik Dahlia yang terletak di Bandar Baru Selayang. Setibanya saya di Klinik, tiba-tiba owner Taska anak saya, Taska Kasih Fidza, yang bernama Mohfidzawati binti Darus, telah tunduk dan bersujud di kaki saya. Selepas itu, saya terus melihat anak saya terkulai layu di atas katil dengan lebam dan bintik-bintik merah di muka dan dia tidak bernyawa. Saya sangat terkejut dan sedih teramat sangat kerana disebelah pagi tadi saya menghantar anak saya ke taska dalam keadaan sihat,happy.
Menurut Doktor Ayu terdapat kesan lebam bukan sahaja di muka tetapi terdapat juga di leher dan benjolan di kepala. Kesan lebam di leher seumpama bekas di cekik dan juga menurut Doktor Ayu apabila owner taska tiba di klinik anak saya memang sudah tidak bernyawa. Mereka tidak dapat berbuat apa-apa untuk menyelamatkan anak saya. Paling menyakitkan hati saya setelah pengebumian arwah Doktor Ayu telah menceritakan semula kepada saya yang owner taska, Mohfidzawati bt Darus telah ‘mencampak’ jenazah anak saya setibanya di klinik, jika Doktor Ayu tidak menyambut jenazah, jenazah akan terjatuh ke lantai. Sungguh kejam! Pemilik Taska (owner) juga telah mencuba untuk melarikan diri setelah ‘mencampakkan’ jenazah tetapi dapat di tangkap oleh staff-staff Klinik Doktor Ayu. Maknanya semasa saya tiba di klinik dia hanyalah ‘berlakon’ kononnya ‘meminta maaf’ dengan bersujud di kaki tanpa sepatah kata keluar dari mulutnya.
Di sebabkan berasa ‘kesian’ kepada Mohfidzawati kerana ‘menangis-nangis’ di situ, saya tidak sampai hati hendak bertanya apa telah terjadi. Pada pemikiran saya pada masa itu, ia hanyalah suatu kemalangan yang tidak di sengajakan. Pada masa yang sama, kakak ipar saya telah pergi ke taska (kali pertama) untuk mengambil anak sulung dan ketiga, dan juga barang-barang lain. Di situ, dia telah bertanya kepada staff-staff taska apa yang terjadi dan mereka tidak memberi sebarang penjelasan. Kakak ipar saya juga bertanya di manakah kedudukan katil arwah semasa kejadian tetapi mereka tidak memberi apa-apa jawapan. Di situ kami sekeluarga sudah agak was-was tetapi masih meletakkan kepercayaan kepada Taska Kasih Fidza.
Pada petang yang sama, saya pula ke taska sebenarnya untuk mengambil botol susu anak tertinggal, dan saya bertanya sekali lagi apa yang berlaku, barulah salah seorang staff membuka mulut menyatakan yang anak saya ‘sesak nafas’ dan mereka telah membuat CPR dan selepas itu arwah muntah. Setelah mendengar penjelasan dari staff, saya redha dengan pemergian anak saya, pada mulanya.
Pada malam itu, pihak polis yang sudah berada di Klinik Dahlia, meminta kami membawa jenazah ke HKL untuk membuat post-mortem. Kami berkeras tidak membenarkan doktor menjalankan post-mortem. Akan tetapi, mengikut prosedur dan juga pemerhatian doktor pakar kesan lebam di leher anak saya bukanlah kematian seperti yang di nyatakan oleh pihak taska. Jika dia ‘sesak nafas’ sepatutnya tidak ada kesan lebam di leher.
Untuk pendekkan cerita, malam di HKL, penuh dengan drama yang melibatkan ahli keluarga, pihak hospital dan polis. Tapi yang peliknya owner Taska Kasih Fidza langsung tidak hadir di hospital dan tidak dapat di hubungi oleh pihak polis. Something fishy going on there…
Post-mortem telah di lakukan keesokkan harinya bersamaan 4hb(selasa). Itu hanya dilakukan setelah pihak polis pergi ke taska untuk menjalankan siasatan. Taska masih beroperasi seperti biasa seolah-olah tiada apa yang berlaku. Pihak polis menyoal siasat terus dengan owner taska dan staff dan juga melihat CCTV. Malangnya kedudukan katil arwah tidak berada dalam range CCTV. Menurut pihak polis, owner taska masih berdolak-dalih untuk menjawab soalan mereka. Setelah pihak polis menggertak owner taska barulah dia menceritakan yang arwah ‘TERJERUT EXTENSION WAYAR’ yang telah di lalukan di atas katil arwah.
Saya hanya mengetahui pengakuan owner taska setelah pihak polis kembali ke HKL. Saya dan keluarga sungguh terkejut dan tidak dapat menerima cara pemergian anak kesayangan saya dan juga cara pihak taska yang cuba menyembunyikan cerita sebenar. Setiap hari saya terbayang pergelutan anak saya untuk bernafas. Anak istimewa yang ditatang telah pergi di atas kecuaian orang lain. Di mana pergi nya staff-staff taska pada masa itu??Anak-anak kami telah ditinggalkan untuk berapa lama tanpa pantauan sehingga boleh terjadinya kematian!!!!???
Setelah post mortem dilakukan, keputusan menyatakan arwah meninggal disebabkan ‘COMPRESSION TO THE NECK BY LIGATURE’. Selepas daripada itu, dalam kesedihan kami terus bergegas untuk menyelesaikan proses pengebumian arwah. Alhamdulillah, arwah selamat dikebumikan sebelum azan Maghrib pada hari yang sama.
Ye, owner taska ada telefon dan sms kami tetapi belum datang berjumpa sehingga kini. Walaubagaimanapun, jika dia datang, kami pun tidak ada hati nak berjumpa disebabkan PENIPUAN dan BERDOLAK-DALIH dan LAKONAN SEMATA-MATA. Penampilan yang alim tetapi tidak berhati perut dan berperangai munafiq. Lagi membuak kemarahan kami apabila kami mendapat tahu yang owner taska dengan sombongnya berkata ‘TASKA SAYA TAK AKAN DITUTUP, INI HANYA KES KECUAIAN!’ kepada parents yang menghantar anak2 mereka di taska.
Wahhhhhh …. Angkuhnya owner taska ini…..Allah sahaja yang mengetahuinya..
Kami berharap keadilan dapat ditegakkan dan pihak berkuasa dapat mengambil tindakan dan menjalankan tanggungjawab dengan telus. Semoga allah membantu kami dalam mencari keadillan untuk almarhum anak kami.
Al-Fatihah buat anakanda Farees Ikhwan Bin Fathan - Anak Syurga
Viralkan artikel ini! Tekan butang share dibawah.
Viralkan artikel ini! Tekan butang share dibawah.