Kisah yang bakal kami kongsikan ini bakal mengajar kita tentang erti menghormati orang lain. Siapa dan apa pun pekerjaan mereka, tiada alasan untuk kita memandang rendah.
Lebih-lebih lagi apabila berjumpa dengan mereka yang bekerja memungut sampah bagi memastikan kebersihan sesuatu kawasan.
Ikuti kisah ini yang mungkin kita selalu terlepas pandang. Sedih.
Memang orang pandang rendah kami
Rasanya semua mengenali insan mulai bernama Syed Azmi ini. Pada awalnya dia hanya pergi menawarkan dan bersarapan pagi bersama pekerja yang menguruskan bahan buangan.
Namun perbualan dengan salah seorang pekerja sayarikat berkenaan benar-benar meruntun hati kami. “Memang orang pandang hina, pandang rendah kami”
Mereka tutup hidung bila nampak kami
Situasi ini memang menyedihkan. Malah jiran tetangga juga seolah memandang rendah kami yang kebetulan bekerja berhampiran rumah. Lebih menyakitkan, adik beradik juga melakukan perkara yang sama terhadap mereka.
Disebabkan hal ini, mereka rasa rendah diri malah segan jika mahu berhadapan atau pergi ke kawasan orang ramai.