Senarai syarikat yang dibatalkan kerana terlibat dengan penipuan pakej UMRAH. Umrah merupakan ibadah yang dilaksanakan dengan mengunjungi Baitullah al-Haram pada bila-bila masa selain bulan haji dan perlu berihram, tawaf, saie dan bertahallul mengikut tertib. Umrah juga dikenal dengan haji kecil oleh masyarakat. Sebagaimana haji kefardhuan umrah juga tertakluk sama seperti syarat dalam ibadat haji iaitu Islam, baligh, berakal dan mampu. Tuntutan umrah turut tertakluk berdasarkan kemampuan mereka sama ada dari segi tenaga dan wang ringgit.
Semakan 12 Syarikat Dibatal Lesen Kerana Kes Penipuan Umrah
Sebanyak 12 syarikat pengendali umrah telah di batalkan lesen pengembaraan luar negeri (outbound) oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (MOTAC) kerana terbabit dalam kes penipuan umrah.
Tindakan keras itu bagi mengekang kes penipuan umrah yang semakin berleluasa. Statistik terkini MOTAC dari 2012 hingga 2016 menunjukkan 54 kes penipuan pakej umrah di rekodkan dengan jumlah denda dan kompaun melebihi RM237,000.
Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, pihak kementerian memandang serius kes penipuan umrah yang masih berleluasa.
Katanya, statistik Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) pula menunjukkan 2,161 kes tuntutan pakej umrah dengan nilai kerugian mencecah RM12.7 juta bagi 2012 hingga 2015.
Senarai Penipuan Dan Penyelewengan Umrah
Tahun demi tahun penipuan dan penyelewengan agensi pengendali umrah yang dilaporkan meningkat berdasarkan statistik kes yang difailkan di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM). Mengikut rekod daripada TTPM pada tahun 2009 hanya 37 kes yang dicatat berbanding pada tahun 2010 sebanyak 155 kes dan 164 kes pada tahun 2011. Peningkatan kes yang ketara dalam dua tahun kebelakangan ini memberikan satu petunjuk yang kurang baik di mana anasir-anasir yang menjurus kepada penipuan sedang masuk ke dalam industri dan keadaan ini perlu dikawal agar tidak membarah dalam masyarakat.
Perkembangan industri ini telah membuka ruang dan peluang kepada lebih banyak lagi syarikat untuk masuk ke dalam bidang perniagaan ini sebagai agensi pengendali umrah. Permintaan yang tinggi daripada masyarakat yang berkehendakkan perkhidmatan syarikat pengendali umrah menyebabkan industri ini berpotensi untuk berkembang lebih jauh lagi dan berkeupayaan menjana keuntungan yang sangat besar.
Walau bagaimanapun, melalui dan menjalani proses perkembangan ini, perjalanan industri ini tidak terlepas daripada anasir-anasir buruk iaitu dimasuki oleh agen-agen yang tidak bertanggungjawab. Mereka hanya masuk untuk meraih keuntungan mudah sama ada dengan menjadi agen atau agensi pengendali umrah palsu dengan menipu wang pelanggan semata-mata atau menjalankan perkhidmatan pakej umrah tetapi tidak peduli terhadap kualiti perkhidmatan yang dijanjikan terhadap pelanggan.
Senarai Syarikat Yang Terlibat Dengan Penipuan Umrah
Bil. | Tahun | Nama Syarikat | Tindakan |
1. | 2009 | Warith NY Travel & Tours | Pembatalan lesen |
2. | 2009 | Tijaratun Nur Travel & Tours | Pembatalan lesen |
3. | 2010 | Qaisar Travel & Tour | Pembatalan lesen |
4. | 2010 | Permata El-Nur Travel & Tours | Pembatalan lesen |
5. | 2010 | Hijjaz Legend Travel & Tours | Pembatalan lesen |
6. | 2012 | J & J Mesra Travel & Tours | Pembatalan lesen |
7. | 2013 | Seven Seas Travel & Tours | Pembatalan lesen |
1. Warith NY Travel & Tours
2. Tijaratun Nur Travel & Tours
3. Qaisar Travel & Tour
4. Permata El-Nur Travel & Tours
5. Hijjaz Legend Travel & Tours
6. J & J Mesra Travel & Tours
7. Seven Seas Travel & Tours
8. Yadh Travel & Tours Sdn. Bhd.
9. ANF Holidays Sdn. Bhd.
10. Madain Al-Taqwa Travel & Tours Sdn. Bhd.
11. Irna Yakin Travel & Tours Sdn. Bhd.
12. Agensi Pengembaraan Asari Murni Sdn. Bhd.