Borang Rayuan Kemasukan Tingkatan 6 2016

Panduan Dan Borang Rayuan Tingkatan 6 Sesi 2016/ 2017. Kemasukan Dan Tukar Jurusan. Semakan tawaran keputusan kemasukan ke Tingkatan Enam Bawah (Form 6) Sesi akademik 2016/ 2017 akan diumumkan pada 14 April 2016. Pada tahun lepas ianya telah diumumkan pada 15 April 2015 bermula jam 1201 pagi. Pendaftaran pelajar adalah pada 5 Mei 2015. Bagi mereka yang gagal, anda boleh membuat rayuan kemasukan ke Tingkatan 6 dengan mengisi borang rayuan dan mengikuti panduan serta langkah-langkah berikut:-


CARA BUAT RAYUAN KE TINGKATAN 6 TAHUN 2016

* Akan dikemaskini
Kemasukan murid ke Tingkatan 6 tahun 2016 adalah secara tawaran oleh KPM dan pelajar yang menduduki peperiksaan SPM 2015 boleh membuat semakan secara online di applikasi semakan bermula dari 14 April 2016.

Bagi mereka yang gagal, pelajar boleh merayu dengan merayu secara online dihttps://sst6.moe.gov.my/ mulai 
14 April 2016 sehingga 27 Mei 2016. Terdapat lima kategori rayuan Tingkatan 6 2016 dan sila klik link borang untuk memuat turun/ download borang.
 


NOJENIS RAYUANTARIKH BUKATARIKH TUTUPSYARATJENIS BORANGTEMPAT HANTAR
1Calon SPM 2015 yang tidak mendapat tawaran ke Tingkatan 6 (Untuk kelonggaran syarat Koko)14 APRIL 201627 MEI 2016Jurusan Kemanusiaan : 13 hingga 16 Unit. Jurusan Sains - TiadaT6BKK ONLINESalinan HARD COPY perlu dihantar ke Sekolah Pusat Tingkatan Enam
2Rayuan Umum. Menolak tawaran matrikulasi, IPTA, IPTS/ tiada penempatan/ Calon Kertas Julai Ulangan 2015/ cukup syarat tetapi tidak ditawarkan/ tercicir/ lain-lain14 APRIL 201627 MEI 2016Cukup syarat kemasukan : Kepujian BM, Lulus Sejarah dan sekurang-kurangnya 3 kepujian dengan jumlah mata gred tidak lebih 12T6BRUSekolah Pusat Tingkatan 6
3Calon persendirian dan swasta14 APRIL 201627 MEI 2016T6BCPSekolah Pusat Tingkatan 6
4Bukan Warganegara14 APRIL 201612 MEI 2016Rujuk Unit Perhubungan dan Pendaftaran
5Tukar Jurusan14 APRIL 201627 MEI 2016RTJT6Sekolah

Untuk panduan lengkap dan muat turun (download) borang akan dikemaskini dari masa kesemasa


PANDUAN MENGISI BORANG RAYUAN TINGKATAN 6

* Akan dikemaskini
1. Borang  ini  hendaklah  disertakan  bersama  salinan  dokumen-dokumen  yang  telah  disahkan seperti berikut:
  • i. Keputusan peperiksaan SPM 2015
  • ii. Sijil kelahiran,
  • iii. Kad pengenalan/passport
  • iv. Sijil Berhenti Sekolah; dan
  • v. Dokumen-dokumen lain yang berkenaan.
2. Borang  ini  hendaklah  dikembalikan  kepada Pengetua  sekolah  asal.    Pengetua    sekolah bertanggungjawab  mengemukakan  semua  borang  rayuan  murid  kepada 
Bahagian  (kecuali Sekolah  Menengah  Harian  dan  Sekolah    Menengah  Teknik)/ 
Jabatan Pendidikan Negeri/ Pejabat Pendidikan Daerah berkenaan.
 
3. Tarikh  tutup  permohonan  adalah pada 27 Mei 2016 (Tahun lepas pada 4 Jun 2015).  Permohonan  yang  lewat  tidak akan dipertimbangkan.
 
4. Pertimbangan hanya diberikan kepada permohonan yang memenuhi syarat-syarat berikut:
  • i. Lulus dalam peperiksaan SPM 2015 dengan memperolehi pencapaian akademik yang telah ditetapkan dan penglibatan dalam kegiatan kokurikulum;
  • ii. Memperolehi kepujian dalam Bahasa Melayu dan dua kepujian lagi dalam mana-mana mata pelajaran lain;
  • iii. Tidak melebihi had umur yang ditetapkan dalam syarat am
  • iv. Mendapat  sokongan  penuh  daripada  Pengetua  sekolah  dan  perakuan  rekod  disiplin yang baik
5. Kelulusan permohonan ini bergantung juga kepada kekosongan tempat belajar.
 
6. Keputusan permohonan akan dimaklumkan kepada semua calon mulai 13 & 14 Jun 2016 
 
7. Murid hendaklah melapor diri mulai 4 Mei 2016 (Rabu).  Sekiranya  calon  tidak  melapor  diri  dalam  tempoh  yang  ditetapkan,  calon dianggap sebagai menolak tawaran.
 
8. Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak.

Selamat membuat Rayuan Kemasukan Tingkatan 6 2016 dan semoga anda berjaya.

0 comment... add one now