- Semakan Keputusan Panggilan Temuduga & Cambridge Online Test (COT) Bagi Program Kerjasama JPA-MARA Tahun 2016 (Luar Negara)
- Semakan Keputusan Panggilan Student Assessment Centre (SAC) Bagi Program Kerjasama JPA MARA Tahun 2016 (Dalam Negara)
Semakan Keputusan Program JPA - MARA 2016 Online
Berikut adalah applikasi Semakan Keputusan Program JPA-MARA untuk Lepasan SPM 2015 :-- Semakan Keputusan Panggilan Temuduga & Cambridge Online Test (COT) : 2016 (Luar Negara)
- Semakan Keputusan Panggilan Student Assessment Centre (SAC) : 2016 (Dalam Negara)
Cambridge Online Test (COT)
COT hanya dilaksanakan ke atas pelajar yang memohon Program Akademik Jepun. Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk menduduki COT.COT merupakan ujian pemilihan pelajar melalui sistem atas talian menggunapakai modul Cambridge English Language Assessment sebuah bahagian dibawah University of Cambridge, England. Saringan awal ini dapat mengenal pasti calon yang mempunyai sahsiah diri yang baik, berpotensi cemerlang dalam pengajian, serta kesesuaian mengikut bidang pengajian yang dipohon.Student Assesment Centre (SAC)
Calon yang memohon program Pertama di Government Link University (GLU) danProgram Ijazah Pertama di IPTS akan disenarai pendek dan dipanggil untuk
menghadiri SAC. SAC adalah satu bentuk penilaian yang digunapakai secara
latihan dalam kumpulan.
Tarikh Program COT Dan SAC Diadakan
Program COT dijadualkan pada 18 April 2016 di pusat-pusat yang telah ditetapkan diSemenanjung, Sabah dan Sarawak.
Program SAC dijadualkan pada 18 April 2016 hingga 22 April 2016 di pusat-pusat yang telah ditetapkan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
Program SAC dijadualkan pada 18 April 2016 hingga 22 April 2016 di pusat-pusat yang telah ditetapkan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
Dokumen Yang Perlu Di bawa Semasa Menghadiri Program COT/SAC
Dokumen yang perlu di bawa semasa menghadiri COT/SACDokumen Asal
- (a) My-Kad/ Kad Pengenalan calon
- (b) Sijil Kelahiran Calon serta Ibu dan Bapa
- (c) Sijil Berhenti Sekolah/ Sijil Pencapaian Ko-Kurikulum
- (d) Sijil Warganegara Ibu/ bapa
- (e) Kad Pesara/ Slip Gaji Ibu/ Bapa/ Penjaga
- (f) Borang Pengesahan Pendapatan Bulanan Keluarga
Satu (1) Salinan Dokumen yang disahkan
- (a) Sijil Kelahiran Calon dan Ibu/ Bapa
- (b) Sijil Warganegara Calon dan Ibu/ bapa