Senarai Lengkap Petua Dan Cara Untuk Menghilangkan Ketuat - Terkini 2017

Petua Hilangkan Ketuat




Ketuat boleh tumbuh di mana-mana bahagian tubuh lebih-lebih di bahagian jari, tangan dan kaki. Ada juga yang dapat ketuat kat bahagian muka terutamanya kanak-kanak.
Mungkin ada yang bertanya adakah ketuat berbahaya. Jawapannya tidak. Menyentuh ketuat orang lain tidak bermakna anda boleh berjangkit dengan mudah, namun virus yang menghasilkan ketuat boleh menyebabkan ia berpindah dengan mudah kepada orang terdekat dengan cara perkongsian penggunaan pakaian atau tuala. Jadi, pastikan korang basuh baju/seluar tu betul-betul kalau beli baju bundle…hehe…
Bahagian tubuh yang terguris atau luka juga lebih terdedah kepada penghasilan ketuat. Tabiat mengorek ketuat juga boleh menyebabkan ia merebak ke bahagian lain pula.
Sesetengah orang tak kisah pun ada ketuat sebab dia tak rasa sakit dan lazimnya setelah beberapa lama (biasanya antara 6 bulan ke 2 tahun) ketuat tu dengan sendirinya akan gugur atau hilang.
Tapi mungkin juga ada yang tak selesa bila tumbuh ketuat, terutamanya kalau ketuat tu tumbuh di bahagian kaki (kes pakai kasut ketat). Nak jadi sempoi lagi kena ketuat kat tapak kaki… waduhh… alamatnya mengaduh ler tiap kali melangkah… terpaksa berjalan ala-ala wanita Jepun pakai kimono gitu.. ahaks…
Ada pelbagai cara untuk membuang ketuat, termasuk penggunaan krim khas, cyrosurgeri dan rawatan laser. Cara potongan jarang digunakan doktor kerana akan mengakibatkan parut serta risiko ia tumbuh kembali.
Walaupun cara membuang ketuat dengan memotong atau menghirisnya dengan pisau tidak digalakkan tapi ramai yang melakukannya sebab nak dapat hasil yang pantas. Tapi hampir semua yang buat cara tu akan mendapati darah keluar dengan banyak.
Bila dah jadi macam tu baru kelam kabut pergi jumpa doktor. Satu hal lagi, ketuat tu akan tumbuh kembali kalau tak dipotong akarnya. Dan darah yang keluar tu juga mengandungi virus yang boleh mengakibatkan ketuat tu tumbuh di bahagian lain pula.. waduh.. waduh…

Apa Itu Ketuat?

Ketuat adalah pertumbuhan kulit benign yang disebabkan oleh virus. Kebanyakannya berasal dari Human Papillomavirus (HPV), yang menjejaskan bahagian lapisan atas kulit dan menyebabkannya bertumbuh dengan cepat, lalu jadilah ketuat. Anda boleh dijangkiti virus ini jika kulit anda terluka, dan kemudian sentuh orang lain yang memilikinya. Anda juga boleh dijangkiti virus dengan berkongsi barang personal.

Walaupun sesiapa sahaja boleh dijangkiti ketuat, sesetengah golongan lebih berisiko, terutamanya kanak-kanak, remaja dan orang yang mempunyai sistem immune yang lemah. Terdapat beberapa jenis ketuat dan setiap ketuat kelihatan berbeza dan akan muncul di bahagian-bahagian tubuh yang berlainan.

1. Ketuat biasa: Paling sering berlaku di tangan . Ia berbentuk kubah, kasar, dan kelabu-coklat.

2. Ketuat Plantar: Tumbuh di tapak kaki. Karakternya keras, tebal dan berwarna hitam. Boleh menyakitkan apabila anda berjalan.

3. Ketuat Flat: Boleh tumbuh di muka, lengan, dan kaki. kecil, mempunyai puncak rata, dan mungkin berwarna kuning, coklat, atau merah jambu.

4. Ketuat filiform: Ia boleh tumbuh di muka, biasanya di sekitar mulut, hidung, atau dagu. Mempunyai warna yang sama seperti kulit, tetapi karakternya seperti benang yang melekat pada kulit.

5. Ketuat Peri: Biasanya di sekitar kuku tangan dan kuku jari kaki.

10 Cara Untuk Membuang Ketuat

               
Kami mempunyai beberapa petua menghilangkan ketuat untuk anda cuba . Sementara itu, usahakan pada pencegahan seperti elakkan berjalan tanpa alas kaki, jangan berkongsi barang kebersihan peribadi, dan elakkan menyentuh ketuat-ketuat anda dan orang lain.

1. Pasir

Tenyeh atau gosok tempat yang ada ketuat tu dengan pasir yang terendam dalam air. Contohnya pasir sungai atau pasir kat kawasan pantai. Apa pun pastikan pasir tu adalah pasir yang basah sebab terendam dalam air. Kalau serasi, dalam tiga hari selepas digosok, InsyaAllah ketuat tu akan hilang.

2.Gunakan nanas.

Sapukan nanas segar secara langsung ke ketuat beberapa kali sehari. Asid semulajadi dan enzim akan membantu .


3. Kapur Sirih

Lumurkan kapur sirih, lebih tebal lapisannya lebih bagus, seumpama menyapu losyen ke tempat yang ada ketuat tu. Biarkan sehingga kering. Jika diamalkan selalu, dalam seminggu ketuat akan tanggal dengan sendiri.
Biasanya ketuat tanggal dengan sendiri tanpa rasa pedih dan meninggalkan parut. Dan petua nie lebih sesuai untuk tanggalkan ketuat yang tumbuh kat bahagian leher dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya.


4. Bawang putih.

Blend beberapa bawang putih segar dengan air dan sapukan pada ketuat itu. Kemudian pakaikan bandage di atas. Sapukan semula setiap beberapa jam dan teruskan sehingga ketuat itu hilang.


5. Serbuk Inai

Bancuh serbuk inai dan sapu dekat bahagian yang ada ketuat tu. Biarkan ia kering. Lakukan setiap hari sehingga ketuat tu betul-betul kering, dan akhirnya ia akan mengecut dan hilang setelah beberapa minggu. 


6. Aspirin

Kalau ada kes ketuat yang tak berapa kritikal kat kaki, boleh cuba petua nie seminggu sekali. Hancurkan enam biji pil aspirin (beli kat farmasi) dan campurkan dengan sedikit air dan air limau untuk jadikannya cecair yang likat.
Sapukan cecair tu pada tempat yang kena ketuat.Kemudian masukkan kaki dalam beg plastik dan balut dengan tuala yang direndam dalam air suam. Maknanya sebelum balut, rendam dulu tuala tu.
Duduk dan angkat kaki tu (jangan biar ia mencecah lantai) selama 10-15 minit.
Lepas tu baru dibuka tuala dan beg plastik yang membaluti kaki tadi. Ambil kain yang agak kasar permukaannya dan gunakan untuk sental tempat yang ada ketuat tu. Kalau petua nie dibuat dengan betul, lazimnya ketuat tu terasa lebih lembut dan mudah tanggal.
Akhir sekali barulah dicuci kaki tu dengan air bersih. Kalau tak menjadi juga cara nie.. hmm.. nampaknya kena gi jumpa doktor pakar kulit ler.. 

7.Aloe Vera

. Segar dari tumbuhan sebenar adalah yang terbaik. Tanggalkan daun dan gosokkan gel ke ketuat. Aloe mengandungi asid malik.Cover dengan bandage selepas setiap aplikasi.


8. Benang Pembedahan

Ikat sekeliling ketuat dengan benang jahitan pembedahan, ketatkan ikatan dan simpulkan. Darah tidak akan mengalir lagi ke bahagian yang dikat itu dan ia akan gugur sendiri selepas seminggu.


9. Daun Mempelam

Ambil daun mempelam dan bakar sampai ia menjadi kehitaman. Lepas tu tumbuk lumat-lumat sehingga ia menjadi serbuk.  Sapukan serbuk tu pada bahagian yang ditumbuhi ketuat.

Adakah anda mempunyai tips lain untuk menghilangkan ketuat? Sila berkongsi dengan pembaca kami.

0 comment... add one now