Perihal Dan Sejarah "Malim" Dan "Aki" Yang Ramai Tidak Tahu


Di Perak,terdapat satu tempat dinamakan Malim Nawar.Ia terletak di antara Kampar dan Ipoh.

Terdapat juga dua buah hikayat Melayu yang terkenal iaitu Hikayat Malim Deman dan juga Hikayat Malim Dewa.

Dalam tragedi gempa bumi di Sabah baru-baru ini,nama 'malim gunung' menjadi popular kerana keberanian,ketabahan dan kegagahan mereka dalam tugas-tugas tertentu di Gunung Kinabalu.

Malim adalah perkataan lama dalam kosakata bahasa Melayu.Menariknya,ia masih digunakan di Sabah.

Apakah maksud 'malim' itu?

Malim bermaksud guru,pengajar,pemberi panduan atau pembimbing.

Sebelum perkataan 'guru' iaitu kosakata serapan dari bahasa Sanskrit dipakai,'malim' adalah perkataan Melayu lama  untuk profesion yang sama.

Malim adalah pekerjaan mulia,ia profesion yang tinggi dan dihormati.

Malim bahtera bertugas sebagai penunjuk arah dan jurupandu kepada orang-orang di kapal.

Malim Gunung pula ialah jurupandu kepada pendaki-pendaki di gunung.






Nama 'Malim Gunung' baru-baru ini keluar di akhbar dan media internet sejak tragedi gempabumi di Sabah.

Sesetengah kaum pribumi Sabah percaya,gempabumi ini adalah di sebabkan kemarahan 'Aki' akibat insiden para pendaki Eropah yang berbogel di puncak Kinabalu.

Siapakah 'Aki'?


Tok Aki 

Sebelum demokrasi wujud di dunia,budaya Melayu-Polinesia telah mengamalkan ciri-ciri demokrasi dalam sistem pemerintahan mereka.

Ini kerana,sebelum wujud konsep 'dewaraja' dari era Hindu-Buddha atau sistem monarki berasaskan warisan,budaya Melayu-Polinesia telah memilih ketua mereka berdasarkan senioriti dan pengalaman hidup.

Sebelum istilah seperti 'raja' (dari Indo-Eropah) atau 'sultan' (dari Arab) atau 'syah' (dipakai pada akhir nama,berasal dari Parsi),budaya Melayu memanggil ketua mereka sebagai 'Atuk Tua'(mengikut pelbagai variasi dialek).

Semua istilah luar tadi rata-rata menunjukkan 'kuasa','darjat' atau 'kemegahan'.

Ini berbeza dengan konsep kepemimpinan (leadership) dalam budaya Melayu purba.

'Tua' atau 'Toa' adalah bermaksud senioriti,adalah elemen penting dalam pemilihan raja atau ketua dalam budaya Melayu-Polinesia.

Variasinya seperti berikut:

Malietoa-Samoa
Kaumātua-Maori
Hotu Matua-Rapa Nui
Tūwharetoa-Maori

Dalam budaya Melayu-Polinesia juga,kepemimpinan juga dipilih dari golongan anak sulung dari anak sulung atau 'Aki' (atau 'Aiki' serta menurut variasi dialek).Sulung dari yang sulung (supersenior) akan menjadi 'Tok Aki'.

Variasinya seperti berikut:

Eiki-Tonga
Ari'i-Tahiti
Ali'i-Samoa,Hawaii
Aliki-Tuvalu,Tokelau
Ariki-Rapa Nui
Ariki-Maori,Cook Islands






undefined


Dalam budaya rumpun Melayu di Austronesia Barat,gelaran-gelaran seperti Tok Batin,Penghulu,Tok Sidang,Tok Ketua atau Demang adalah penggelaran asli sebelum istilah 'raja' digunakan.Semua gelaran ini khas menunjukkan senioriti dan penghormatan.

Kesimpulannya,konsep pemilihan pemimpin dalam budaya Melayu purba mencerminkan kata-kata hikmah,

"Respect is earned, not given..."


~Srikandi
Kak Yong Seri

Riwayat Melayu