Cara Kesan Peranakan Jatuh. Masalah peranakan jatuh Adalah Sangat merbahaya bagi wanita dan peranakan atau rahim boleh jatuh tanpa anda sedari
Mungkin normal bagi wanita yang pernah bersalin untuk jatuh peranakan. Kadang-kadang anak dara pun boleh jatuh peranakan di sebabkan nature of work mereka.
Pramugari dan atlet yang masih anak dara pun ada. Ini kerana pramugari perlu angkat barang berat di kabin dan Atlet yg melompat-lompat ni senang jatuh peranakan mereka.
Tahukan anda peranakan jatuh adalah antara punca utama sukar untuk hamil, peranakan jatuh yang lebih di kenali sebagai prolapse atau rahim turun boleh juga berlaku, di sebabkan kelemahan pada otot pelvik yang menampung kedudukan rahim atau jika ada tekanan tinggi dalam abdomen yang boleh menyebabkan rahim turun atau berada di luar lubang faraj.
Antara Simptom Peranakan Jatuh
- Rasa berat disekitar kawasan ari2. Rasa ada benda je yg bergayut. Tak pun rasa ada benda nak terkeluar dkt area pembukaan faraj tu.
- Senang terkencing bila bersin dan batuk. Tetapi jika wanita tu ada masalah lantai pelvik lemah pun boleh membuatkan dia terkencing masa batuk dan bersin juga
- Kencing rasa tidak lawas. Even dah ke toilet. Tapi rasa macam ada je lagi air kencing nk keluar. Bila diteran tak ada apa yangg keluar.
- Senak bila bersama suami. Ini very obvious.
- Sakit pinggan yg seperti sakit melingkar kawasan pinggang tungking dan ari2.
- waktu petang especially lepas asar rasa nak demam. sejuk kaki dan tangan.
- peha dan betis rasa kebas-kebas.
Jika anda mengalami simptom di atas, si sini terdapat 2 cara untuk anda kesan peranakan/rahim jatuh:
Cara Kesan Peranakan Jatuh 1
Kedudukan Baring
Letakkan ibu jari kita kat dalam pusat, sekiranya terasa macam ada nadi berdenyut-denyut memberi tanda peranakan kita berada di tempat yang betul. Tetapi sekiranya terasa dari bawah pusat bermakna tandanya perlu berurut untuk menaikkan semula bahagian peranakan ibu.
Kedudukan Mencangkung
Semasa memasukkan jari ke dalam ‘kilang’ dan cuba sentuh objek berbentuk bulat. Ia lembut dan seperti guli. Sekiranya ibu dapat mencapainya dgn mudah, bermakna peranakan ibu sudah mula menggelongsor turun dari kedudukan sepatutnya. Untuk kepastian lagi, boleh ambil cermin dan tengok pada samada daging terkeluar.
Cara Kesan Peranakan Jatuh 2
- baring lurus. jangan gunakan bantal.
- sapu minyak gamat / minyak serai / minyak kelapa / minyak kelapa dara pada perut dan atas tundun especially di bawah pusat.
- gosok minyak ke seluruh tempat perlahan-lahan.
- mulakan dengan urutan di sebelah kiri perut dan bawa ke tengah.
- urut sebelah kanan perut dan tarik ke tengah.
- bernafas seperti biasa. cuba tekan bahagian bawah pusat, betul-betul di atas tundun.
- kalau rasa sengal dan ada rasa benjolan kecil.. confirm… peranakan anda dan jatuh!!
Apakah punca punca kejadian prolapse?
Terdapat beberapa faktor yang mungkin menyebabkan terjadinya‘ prolapse’. Di antaranya adalah seperti berikut:
i) Faktor Baka
Setengah wanita akan mengalami masalah ini jika ada di kalangan saudara-mara mereka khususnya ibu, ibu-saudara atau nenek mengalami masalah yang sama. Bagaimana penyakit ini diturunkan tidaklah diketahui, mungkin baka menentukan kelemahan atau kekuatan tisu, otot dan ligamen pada peranakan. Kekenduran atau kelemahan otot dan tisu ini boleh juga dipengaruhi oleh tahap pemakanan dan tahap kesihatan kita yang agak rendah berbanding dengan mereka yang sihat dan makanannya seimbang dan mencukupi dari segi semua zat seperti protin dan vitamin.
ii) Exercise
Proses kehamilan dan kelahiran memang melemahkan dan melonggarkan tisu-tisu dalam badan khususnya tisu ligamen dan otot yang memegang faraj dan rahim. Ini satu perkara yang tidak dapat dielakkan tetapi pemulihan boleh dicapai walaupun tidak seratus-peratus jika seseorang wanita itu mengamalkan gerak tubuh atau exercise untuk menguatkan otot-otot di sekeliling faraj dan lantai punggung. Amalan exercise waktu hamil dan selepas kelahiran adalah sangat penting untuk mencegah prolapse. Oleh itu kelalaian atau tidak melakukan exercise ini adalah satu daripada faktor yang boleh menyebabkan kekenduran atau prolapse rahim.
iii) Kehamilan dan Kelahiran
Kehamilan dan kelahiran memanglah satu proses yang menyebabkan berlakunya kekenduran atau kelemahan pada semua tisu di sekeliling peranakan khususnya otot lantai punggung yang biasanya memegang faraj dan mendokong rahim. Kelahiran normal atau secara forceps atau vacuum memang dianggap satu kecerderaan yang merosakkan ligamen-ligamen dan otot disekeliling faraj. Sering-kali mereka yang melahirkan di rumah mengalami kekoyakan tetapi tidak dijahit dan ini salah satu faktor yang menimbulkan kelemahan atau kekenduran otot peranakan. Kelahiran yang memakan masa yang lama atau prolonged labour, kelahiran yang sukar yang memerlukan ibu meneran dengan kuat dan begitu lama, kelahiran yang memerlukan kegunaan alat seperti vacuum atau forceps adalah faktor-faktor yang mungkin menyumbangkan kepada berlakunya prolapse di kemudian hari.
iv) Menopaus
Keadaan menopaus atau kekurangan hormon samaada yang berlaku secara natural iaitu ketika umur 50 tahun keatas, ataupun ekoran daripada pembedahan oleh sebab-sebab penyakit yang mana ovari dibuang boleh menyebabkan keadaan kekurangan hormon dan seterusnya menimbulkan kelemahan pada otot dan ligamen peranakan. Proses atrophy atau kekecutan pada tisu, ligamen dan otot dalam jangka panjang akan menyebabkan prolapse. Nyata sekali prolapse yang teruk sering berlaku pada wanita-wanita yang berumur 60 ke atas akibat daripada ketandusan hormon ekoran daripada menopaus. Kegunaan hormon sebagai rawatan menopaus nyata dapat mengurangkan berlakunya prolapse.
v) Ketumbuhan Dalam Rahim
Pada wanita yang mengalami tumbuhan seperti fibroid yang tidak menimbulkan masalah lain seperti pendarahan atau kesakitan dan jika berlaku dalam umur empat puluhan ke atas ataupun selepas putus haid apabila otot dan ligamen rahim telah lemah, mempunyai risiko berlakunya prolapse kerana tumbuhan fibroid yang kecil juga merupakan satu tekanan kepada rahim untuk jatuh ke bawah. Tetapi fibroid ini biasanya yang berukuran besarnya adalah sederhana dan tidak melebihi saiz bola golf.
Rawatan dan Pencegahan Jatuh Peranakan / Rahim
Langkah yang terbaik bagi wanita ialah mencegah setelah mengetahui punca atau faktor-faktor yang mungkin menyebabkannya. Di antara langkah-langkah tersebut ialah pertama:
i) Jaga kesihatan dan kawal berat badan
Kegemukan adalah salah satu faktor yang bukan sahaja yang menjadi satu gangguan terhadap kecantikan seseorang wanita, malah ia mempunyai banyak kesan-kesan yang buruk terhadap wanita seperti menyebabkan masalah prolapse di kemudian hari. Oleh itu eloklah jaga berat badan dengan mengawal makanan dan membuat exercise.
ii) Amalan exercise
Amalan untuk menguatkan otot perut dan lantai punggung ketika hamil dan selepas bersalin belum menjadi satu amalan harian di kalangan wanita-wanita Malaysia. Tetapi tabiat ini sering dilakukan oleh wanita wanita Barat khususnya mereka yang terpelajar. Banyak video- video yang memberi panduan tentang kaedah exercise ini dapat di pasaran. Panduan untuk melakukan exercise atau gerak tubuh khas untuk otot lantai punggung juga boleh dipelajari pakar physiotherapist atau juru-pulih anggota di hospital atau di klinik swasta.
Ini sangat penting kerana jika ia dilakukan pada waktu hamil dan selepas bersalin, pemulihan pada bentuk badan status tubuh badan yang asal seperti sebelum hamil akan dapat dicapai dan ia boleh mencegah masalah kegemukan, kekenduran otot perut dan lain lain gangguan yang dikaitkan dengan prolapse rahim. Gerak tubuh ini boleh dilakukan sejurus selepas bersalin, tidak perlu menunggu selepas pantang. Malah dalam pantang adalah waktu yang tepat untuk mencapai pemulihan yang terbaik dengan menentukan makanan yang seimbang, yang berkhasiat, melakukan penyusuan bayi serta melakukan exercise yang tertentu.
iii) Exercise kemut atau ‘grip’
Exercise untuk mengemut atau grip adalah bertujuan untuk menguatkan otot lantai punggung, otot sekeliling faraj, otot-otot yang mengawal perkencingan. Cara melakukannya ialah kita bayangkan seperti melakukan persetubuhan dan ketika itu kita menggemut atau mencengkam alat zakar suami. Jika ini dilakukan berulang-ulangkali untuk beberapa saat, misalnya dua tiga minit sekali dalam waktu pantang dan seterusnya menjadi satu tabiat dalam kehidupan seharian. Insya-Allah otot di sekeliling faraj akan menjadi lebih kuat seperti sedia-kala.
Alat PSX
Terdapat satu alat yang digelar dengan nama PSX yang bertujuan untuk membantu wanita melakukan exercise ini. Pada asasnya alat ini mengandungi bahagian yang berbentuk seperti zakar yang dimasukkan ke dalam faraj ketika sebelum melakukan exercise dan eloknya ia disarungkan dengan kondom ataupun jika tidak berkongsi dengan orang-orang lain tidaklah perlu menyarongkan dengan kondom tetapi perlu menggunakan pelincir seperti K.Y. Jelly untuk memasukkan ke dalam saluran faraj. Seterusnya ia juga mempunyai satu alat meter bagi mengukur kekuatan kemutannya. Setelah memasukkan alat tersebut dalam faraj, kemutan dilakukan dan ia boleh melihat kekuatan kemutan tersebut daripada meter. Kemutan dilakukan berulang-ulang dan dari ukuran tekanan pada meter alat tersebut, seseorang wanita akan dapat menilai kekuatan otot faraj. Jika amalan ini dilakukan selalu, Insya-Allah kekuatan otot faraj dan lantai punggung akan pulih seperti sedia-kala dan seterusnya dapat mengelakkan dari pembedahan.
Pembedahan
Berbagai jenis pembedahan yang boleh dilakukan bagi mengatasi masalah kekenduran faraj dan prolapse. Di antaranya ialah pembedahan untuk membuang rahim serta membetulkan saluran faraj atau vaginal repair (Vaginal Hysterectomy and Repair – lihat tajuk ‘Pembedahan’). Pembedahan ini dilakukan dalam kes-kes yang teruk ‘prolapse’nya dan di kalangan wanita yang telah meningkat umur.
Tetapi bagi mereka yang lebih muda dan masih bercadang untuk meneruskan zuriatnya, kekenduran faraj boleh diatasi dengan pembedahan hanya untuk menguatkan atau membetulkan saluran faraj (vaginal repair). Ini pun hanya dilakukan jika lain-lain usaha seperti exercise atau ‘physiotherapy’ dan penggunaan alat PSX telah gagal mengatasi masalahnya.
Pembedahan juga kadang-kala dilakukan ke atas wanita yang tidak dapat mengawal kencing. Biasanya ini dilakukan bersama dengan vaginal repair, tetapi kadang-kala jika ini gagal dan masalah stress incontinence atau kencing yang tidak terkawal masih berlaku, pembedahan melalui perut atau di bahagian ari-ari mungkin perlu dilakukan untuk menjahit otot di permukaan pundi kencing.
Pembedahan adalah satu jalan terakhir jika usaha-usaha lain yang dilakukan menerusi exercise, kegunaan alat PSX atau kaedah rangsangan elektrik pada otot dan lantai punggung telah dibuktikan gagal.
Kegunaan Pessary
Bagi wanita yang berumur dan mengalami masalah prolapse yang teruk dan tidak sesuai menjalani pembedahan khususnya tidak sesuai menerima bius, maka cara yang lain ialah untuk menggunakan satu alat yang dimasukkan ke dalam faraj. Alat ini digelar dengan nama ‘Ring pessary’. Alat ini boleh mencegah rahim daripada jatuh ke bawah. Wanita yang menggunakan pessary perlu menjaga kebersihan faraj untuk mencegah jangkitan kuman, biasanya pemeriksaan perlu dilakukan antara tiga hingga enam bulan sekali.
~Jangan Tunggu Lagi Untuk Kepastian Elokla Anda Mendapatkan Rawatan Dari Pihak Yang Pakar Sila Alert Wahai Wanita!!