Punca Rambut Berbau Walaupun Selepas Dibasuh


Punca Rambut Berbau Walaupun Selepas Dibasuh. Masalah rambut berbau hapak atau kepam biarpun dibasuh setiap hari sering menghantui kaum wanita terutamanya individu yang berambut panjang dan bertudung.
Bila seseorang wanita berdepan masalah rambut berbau, dia akan sering kehilangan keyakinan diri dan berasa tidak selesa. Ini kerana ada segelintir yang mengalami masalah bau rambut hapak yang agak kuat menyebabkan orang lain yang berada di sekeliling turut dapat menghidu bau tersebut.
Apa sebenarnya yang menyebabkan rambut seseorang itu berbau kepam atau hapak biarpun kerap dicuci? Salah penggunaan syampu rambut atau keadaan persekitaran yang tidak bersih?

Punca Rambut Berbau Walaupun Selepas Dibasuh
Tidak Mengeringkan Rambut Dengan Sempurna – Masalah rambut berbau kebiasaannya berlaku akibat rambut yang tidak dikeringkan dengan sempurna. Ini kerap terjadi bila anda mencuci rambut di waktu pagi sebelum ke kelas atau tempat kerja. Akibat kekurangan masa untuk keringkan, rambut dibiarkan lembab. Lebih memburukkan keadaan bila anda terus menyarung tudung di atas rambut yang masih lembab. Jika cara ini kerap diamalkan, masalah rambut berbau akan menjadi semakin buruk. Cara untuk mengatasi masalah ini adalah anda perlu memilih waktu yang sesuai untuk mencuci rambut. Iaitu bila anda mempunyai lebih masa terluang untuk mengeringkan rambut dengan sempurna.

Kulit Kepala Yang Kerap Berpeluh – Individu yang kerap berpeluh lebih cenderung memiliki masalah rambut berbau kepam atau hapak. Ini berpunca dari peluh yang berkumpul di bahagian akar rambut. Untuk anda yang mempunyai masalah kuat berpeluh, anda disyorkan agar tidak menyimpan rambut yang terlalu panjang dan memilih jenis fabrik tudung yang boleh menyerap peluh.

Salah Teknik Penjagaan Rambut – Satu lagi punca masalah rambut berbau adalah bila anda tidak mengamalkan cara penjagaan rambut yang betul. Ini termasuk, salah cara mencuci rambut, salah memilih syampu dan perapi. Setiap kali anda membasuh rambut, pastikan tidak ada sisa-sisa syampu dan perapi yang tertinggal di kulit kepala. Gunakan air yang bersih untuk membasuh rambut anda. Apa yang penting adalah pemilihan syampu dan perapi yang sesuai dengan jenis rambut anda.

0 comment... add one now