Kisah Sir Sultan Ibrahim Yang Pasti Membanggakan Bangsa Johor



Rakyat Johor harus berbangga dengan Mejar-Jeneral Sir Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar (Ibrahim Of Johor) yang memerintah Johor selama 64 tahun 1895 hingga 1959. Diputerakan pada 17 Sept 1873, baginda menaiki takhta pada 4 Jun 1895 berikutan kemangkatan ayahandanya Sultan Abu Bakar.Baginda telah dimashyurkan pada 7 Sept 1895 dan dimahkotakan pada 2 Nov tahun yang sama.

Baginda menyambut jubli intan pemerintahan pada hari keputeraan baginda ke-82, satu rekod dunia pada masa itu. Di hari kemangkatan baginda pada 8 Mei 1959, baginda mungkin sultan yang paling lama memerintah dalam sejarah Malaysia.

Sultan Sir Ibrahim melalui kisah kehidupan yang berkotak-kotak. Baginda meneruskan perjuangan ayahandanya dalam memelihara kemerdekaan Johor. Baginda juga mengekalkan dasar hubungan mesra dengan Ratu England, tetapi dengan cara berhati-hati bagi mengelakkan persahabatan itu dimanipulasi oleh British bagi tujuan memperluaskan kuasa mereka.




Baginda memegang amanah ayahandanya yang sebelum mangkat mewasiatkan supaya para warisnya berbakti untuk kebajikan rakyat Johor.

Dengan penuh semangat muda, Sultan Ibrahim bekerja bersama rakyat dalam membangunkan tanahair mereka. Baginda menggalakkan penerokaan, tanaman baru dan memberi sokongan peribadi kepada pembangunan negeri.

Sesuatu yang harus dibanggakan, baginda dikatakan menjalankan kerja-kerja penambahbaikan keatas infrastruktur yang dibina dari hasil Johor tanpa meminjam satu sen pun dari sesiapa.

Sultan Sir Ibrahim bergiat aktif, berminat dan bangga dengan Johor Military Forces (JMF) yang telah dibentuk oleh ayahandanya pada tahun 1886.

Kepimpinan baginda telah menjadi faktor penentu dalam membawa JMF kekal sehingga ke hari ini.

Pada tahun 1905, baginda mengasaskan Johore Volunteer Forces (JVF) dengan niat sebagai platform untuk melatih anak-anak melayu Johor untuk berkhidmat didalam sektor kerajaan dan diserapkan ke JMF.

Empat orang Menteri Besar Johor yang pernah menjalani latihan ketenteraan bersama JMF antaranya ialah Abdullah Jaafar (ketiga), Abdul Hamid Yusof (kelima), Ungku Abdul Aziz Abdul Majid (keenam), dan Onn Jaafar (kelapan).




Pada tahun 1936, baginda melengkapkan JMF dengan kelengkapan yang lebih baik berbanding tentera British.

Pada tahun yang sama, baginda membentuk Tentera Udara Diraja Johor di bawah penyeliaan Tentera Udara Diraja untuk melengkapkan dan menjadikan JMF sebuah angkatan tentera yang lebih kuat dalam mempertahankan negeri dan negara. Baginda percaya bahawa dengan latihan intensif, orang Melayu berkebolehan menjadi juruterbang, penembak dan juruteknik.

Sultan Sir Ibrahim menjalinkan hubungan dua hala dengan melawat negara-negara asing.

Baginda telah diterima menjadi tetamu kepada King George V Britain, The Marquis Tokugawa Jepun pada tahun 1934, dan secara rahsia oleh Adolf Hitler pada tahun 1939.

Sultan Sir Ibrahim adalah antara individu paling kaya pada masa itu. Baginda terkenal dengan kemurahan hatinya dengan menyumbangkan 16 kapal terbang kepada British semasa Perang Dunia I. Baginda juga menderma sebanyak $12,000,000 kepada British semasa Perang Dunia II.Britain menggunakan sebahagian daripada wang tersebut untuk memasang tiga biji Monster-Gun yang berukuran 15 inci yang terbesar di luar Britaindikenali sebagai Johor Bateri di Changi untuk pertahanan Singapura.



HRH Ibrahim owned 1 palace at Thetford, London.. gigantic place.. with 2 millions pound of hanging marble STAIR.


Pada tahun 1927, baginda telah mendermakan sebanyak $25,000 kepada Perak, Pahang, Kelantan dan Terengganu untuk usaha-usaha bantuan banjir yang keseluruhannya berjumlah $100,000

Sultan Sir Ibrahim dilihat sebagai seorang yang berani apabila mengetuai pegawai JMF untuk mengawal pemberontakan Sepoy di Singapura pada tahun 1915, di mana seorang pegawai dan dua lelaki diberitakan terbunuh. Keesokan harinya, pemberontak yang diupah telah melarikan diri ke Johor menyerahkan senjata mereka di kaki Sultan dan mencium tangannya untuk pengampunan.

Baginda juga dilihat sebagai seorang pemburu yang berani apabila memburu harimau dengan berjalan kaki ketika berada di hutan.




Apabila tentera Jepun sampai ke Johor Bahru pada 31 Jan 1942, baginda menerima mengadap Panglima Jepun di Istana Bukit Serene. Tentera Jepun memberikan penghargaan dan mengiringi baginda ke Batu Pahat atas sebab-sebab keselamatan. 

Selepas British menyerah kalah pada 14 Feb 1942, baginda kembali ke Johor Bahru dan bersemayam di Istana Pasir Pelangi sepanjang pendudukan Jepun.

Sultan Sir Ibrahim mengekalkan toleransi agama di kalangan rakyatnya. Baginda menganugerahkan tanah kepada Kuil Hindu Arulmigu Raja Mariamman dan Gurdawara Sahib Sikh di Jalan Ungku Puan dan gerakan Mason untuk Royal Lodge Johor di Jalan Thomson.

Sultan Sir Ibrahim juga turut menolak pemilihan sebagai Yang pertama di-Pertuan Agong pertama pada tahun 1957.




Nama : Sir Ibrahim, Sultan of Johore.
Sumber potret : National Portrait Gallery, London

Sir Ibrahim, Sultan of Johore (1873-1959), Son of Sultan Abu-Bakar.







0 comment... add one now