MEMAHAMI PERMAINAN CHINA DI LAUT CHINA SELATAN
-Dr. Yazid
Baru ni mahkamah antarabangsa membuat keputusan yang memihak pada Filipina dalam isu tuntutan ke atas sebahagian Laut China Selatan. Tapi China dengan relax mengatakan bahawa China takkan layan keputusan tu.
Keliru.. Ramai orang yang bertanya tentang konflik Laut China Selatan yang selalu keluar masuk berita kebelakangan ni. Apa isunya ni?
Begini.. Malaysia pun salah satu daripada negara-negara yang menuntut sebahagian Laut China Selatan. Antara negara-negara yang menuntut Laut China Selatan ialah Indonesia, China, Taiwan, Filipina, Vietnam, Malaysia, Cambodia, Thailand dan Singapura.
Laut China Selatan tu sangatlah luas, sekitar 3.5 juta kilometer persegi. Kaya dengan pelbagai hasilbumi pula tu. Ikan dan pelbagai sumber laut ada. Kawasan itu juga dipercayai mempunyai rizab gas dan minyak yang tinggi. Laut China Selatan ni ada sekitar 250 pulau kecil. Hampir separuh daripada kapal-kapal dagang dunia menggunakan Laut China Selatan.
Hujan tidak, ribut pun tidak, tiba-tiba China menuntut hampir keseluruhan Laut China Selatan sebagai miliknya. Mengarutnya tuntutan China ni, kawasan laut antara Semenanjung dan Sabah Sarawak tu dituntut habis oleh China.
Tak cukup dengan itu, China turut menghantar kapal-kapal perangnya menemani bot-bot nelayannya mengaut ikan di kawasan-kawasan yang selama ini diterima sebagai kawasan milik negara-negara jiran.
Tindakan China menggali minyak di kawasan kontroversi turut mengundang kritikan masyarakat global.
Bosan dengan tindakan China, Filipina cuba menyeret China ke Mahkamah Timbang Tara Tetap. Sebabnya, kalau ada perselisihan antara negara, cara diplomasinya ialah bawak isu tu ke mahkamah antarabangsa untuk di selesaikan secara diplomasi. Kalah menang belakang cerita. Yang penting, selesaikan secara aman.
Contohnya, Malaysia dan Singapura berebut Batu Puteh dulunya. Bila bawa ke timbangtara, Singapura yang menang dalam tuntutan tu. Malaysia akur dan terima. Tiada sesiapa yang mati terkorban dan sebagainya. Eloklah tu.
Bila Filipina bawa isu tu ke Mahkamah Tetap Timbang Tara, China enggan pergi. Sebabnya, China tahu bahawa kemungkinan China kalah sangat tinggi. Kenapa?
Secara ringkasnya, kalau nak menuntut mana-mana kawasan, kita kena buktikan kawasan tu kita yang punya. Untuk buktikan, kita kena tunjukkan kegiatan-kegiatan negara berdaulat. Contohnya, kita boleh buktikan bahawa kawasan tu di bawah kawalan kita. Polis dan tentera kita yang kawal kawasan tu. Selain tu, kita juga boleh tunjukkan bukti lain. Contohnya, negara kita secara eksklusif membuat kegiatan ekonomi di kawasan tu. Kalau kita boleh tunjukkan yang penduduk negara kita memang tinggal di situ, tuntutan kita akan jadi lebih kuat.
China sedar bahawa China tak mampu membuktikan bahawa China mengawal kawasan tersebut secara eksklusif. Menyedari tuntutan China tidak kuat buat masa ini, China tidak berani pergi ke mahkamah antarabangsa.
Sekiranya China meneruskan kegiatan-kegiatan mengawal Laut China Selatan tanpa bantahan, di masa hadapan, China mungkin mampu mengatakan China yang mengawal Laut China Selatan dan kawasan itu miliknya.
Ramai yang membantah. Filipina bawa isu ni ke mahkamah antarabangsa. Baru ni, pada 12 Julai 2016, Panel hakim Mahkamah Timbang Tara Tetap (PAC), menolak tuntutan China ke atas sebahagian besar Laut China Selatan.
"Tiada asas perundangan untuk China mendakwa hak bersejarah mengenai sumber kekayaan di kawasan laut yang dipertikaikan itu sebagai milik mereka," menurut kenyataan mahkamah. Ia merujuk kepada garisan tuntutan pada peta 1947 kawasan laut berkenaan yang kaya dengan sumber asli, galian dan perikanan. Dalam perbicaraan membabitkan 497 muka surat itu, hakim mendapati pasukan peronda penguatkuasa undang-undang China mengambil risiko bertembung dengan bot nelayan Filipina serta menyebabkan kerosakan kepada terumbu karang selepas kerja pembinaan pulau tiruan atasnya.
China yang memboikot kes dibawa ke mahkamah oleh Filipina berkata, ia tidak akan mematuhi sebarang peraturan ditetapkan oleh tribunal antarabangsa. Amerika Syarikat pula membuat kenyataan bahawa Amerika percaya bahawa keputusan mahkamah antarabangsa tu wajib dipatuhi oleh China. China yang bosan dengan tindakan Amerika pula memberi amaran kepada Amerika untuk tidak masuk campur.
Sepatutnya, China akur dan hormat pada keputusan mahkamah antarabangsa. Tambahan pula, China salahsatu negara yang menandatangi UNCLOS iaitu konvensyen/undang-undang antarabangsa yang berkaitan isu laut.
Apa pilihan yang ada pada Malaysia dalam isu ini?
Selama ini, Malaysia mengambil pendekatan diplomasi. Contohnya, bila China menghantar kapal-kapal perangnya menemani bot-bot nelayannya yang memancing di kawasan kontroversi, Malaysia akan memastikan kapal perang yang dihantar Malaysia kurang satu daripada kapal perang yang dibawa oleh China. Kiranya, Malaysia tak mahu mengeruhkan keadaan.
Biasanya, Malaysia akan membuat bantahan secara diplomatik kepada China dan mengelak menggunakan media massa kerana tak mahu berita di sensasikan dan membawa kepada kemarahan rakyat.
Contohnya, di Vietnam, rakyat Vietnam yang marah-marah ada membakar kilang-kilang milik orang Cina di sana. Mungkin Malaysia nak memastikan keadaan stabil di Malaysia.
Selain tu, China juga merupakan rakan dagang Malaysia. Macam-macam bisnes ada. Kalau Malaysia mengambil pendekatan kasar, pastinya China akan mengambil pendekatan semakin kasar.
Pada masa sama, Malaysia turut meningkatkan kerjasama ketenteraan dengan Amerika Syarikat dan juga Jepun. Jadi, saranan bahawa kita tak buat apa-apa tu tidak tepat.
Sayangnya, dalam kepanasan isu ini, tiba-tiba China membuat kenyataan bahawa China mungkin akan mengisytiharkan kawasan Laut China Selatan sebagai zon identifikasi keselamatan udara di mana semua negara yang guna Laut China Selatan mesti memberi notis dan memaklumkan kepada China.
Korea Selatan pula membuat kenyataan bahawa mereka akan menempatkan sistem anti misil U.S THAAD untuk berdepan dengan ancaman. Tindakan ini, sebelum ini telah menaikkan kemarahan China. Presiden Taiwan pula segera menaiki kapal peronda navy ke Laut China Selatan dalam satu tindakan simbolik menolak keputusan antarabangsa tersebut.
Panas sungguh..
Setakat ini, masing-masing masih cuba mengekalkan nada diplomasi. Presiden Filipina contohnya, memberitahu bahawa sekalipun keputusan mahkamah memihak kepada Filipina, Filipina berhak ke atas sebahagian tertentu kawasan Laut China Selatan, Filipina sudi berkongsi dan bekerjasama dengan China.
Apapun, kita harap keamanan dan diplomasi berterusan.
Dr Yazid