Cara Uruskan Kereta Kemalangan Tanpa Mengalami Kerugian



Bila terlibat kemalangan jalanraya kita tak pasti apa yg perlu dilakukan. Ada sahaja yg akan ambil kesempatan. Tarek kereta atau istilahnya 'longkai' akan asak dalam keadaan fikiran sudah buntu dan keliru. Berikut ada seorang teman yg kongsi penulisan ini. Sangat baik sebagai panduan

Semuga penulis asal diberkati atas panduan ini.
----------------------

CARA URUSKAN KERETA KEMALANGAN TANPA MENGALAMI KERUGIAN

Korang tau, ramai lagi yang belum tahu pasal cara yang betul untuk uruskan urusan insurans dan kemalangan kereta, akhirnya pihak insurans dan penarik kereta yang mendapat untung atas angin.

Pertama sekali jika kemalangan, anda akan memanggil longkai (penarik kereta). Bila longkai sampai, dia akan suruh tandatangan satu dokumen. Jangan tandatangan! Sebab kalau korang tandatangan, longkai akan dapat komisen 10% dari insurans korang.

Jangan sesekali tandatangan dokumen tu, dan longkai akan gertak dan momokkan dengan cerita sedih itu dan ini. Jadi apa tindakan korang? Cakap je kat dia, "saya nak towing je". Biasa nya kena caj dalam Rm200-300.

Towing kereta korang ke balai dulu untuk buat report dan urusan sepatutnya di sana. Lepas buat report, mintak longkai hantarkan kereta ke bengkel panel yang buat repair. Kalau tak tau panel bengkel, call pihak insurans dan minta alamat panel yang buat repair eksiden.

Lepas tu, tiba lah babak paling best. Tiba giliran korang pulak untuk claim 10% dari tokey bengkel.

Caranya? Esok adjuster insurance akan datang ke bengkel dan kira jumlah kerosakan. Contoh lah, kereta mahal, Audi ke, BMW ke Mercedes ke, total repair dalam RM10,0000. Jadi korang boleh claim 10k dekat tokey bengkel sebab korang dah bagi job kat tokey bengkel tu. Sebab tu lah longkai biasanya bergaduh berebut rebut kereta dan duit dari bengkel kereta.

Dan lagi best, korang boleh claim lost of use pada pihak insurans. Contoh kos lost of use insurans anda (ikut jenis insurans) RM30 satu hari. Lepas tu bengkel bagi angaran siap dalam 1 bulan. Jadi korang boleh dapat RM30 setiap hari selama sebulan.

RM30 x 30 hari (sebulan) = RM900.

Korang layak dapat RM900 dari pihak insurans atas dasar nama claim lost of use. Tapi kalau bengkel tak dapat siapkan kereta dalam masa sebulan seperti yang dijanjikan, korang tak boleh claim lagi dengan pihak insurans. Dan tempoh claim lost of use ni maximum 3 bulan je.

Cuma kat sini perlu hati hati dengan dua perkara. Pertama, pastikan bengkel tu tukar part atau barang kat kereta yang rosak tu. Sebab sesetengaj bengkel kuat kencing. Dorang tak tukar. Tapi repair je part yang rosak. Lepas repair, mintak pihak insurans email kan senarai dan data part yang bengkel tu tukar. Kalau kurang 1 barang, korang claim duit balik kat tokey kedai tu. Kalau dorang taknak bagi, gertak je nak report polis atau tribunal pengguna.

Kedua, hati hati dengan longkai bila dorang cakap, "hantar kat bengkel saya je lah". Itu kencing je. Sebab longkai takde bengkel. Dia pancing je tu.

Share artikel ni kalau berguna.

1 comment... add one now

Daud alFattani Daud alFattani January 9, 2017 at 9:58 PM
assalam, bole pakai ke ni?
sapa yg ada experience tlg explain sket