Gempar! Sekali Lagi Sultan Johor "Sound" Kerajaan Pimpinan Najib Razak



SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Iskandar. MERSING: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar menggesa kerajaan segera menyelesaikan masalah yang dihadapi sekarang terutama berhubung kejatuhan teruk nilai ringgit.

Baginda bertitah, masalah yang timbul perlu diselesaikan segera sebelum rakyat hilang kepercayaan dan mula membenci kerajaan yang ada. 

"Suasana politik dan ekonomi negara yang berada dalam keadaan tidak stabil pada masa ini adalah isu utama yang perlu ditangani kerajaan dengan segera. 

"Rakyat hari ini adalah generasi berilmu dan bijak menilai maklumat diterima. Janganlah cuba memperbodohkan rakyat dengan memberikan berita dan maklumat yang hanya sedap didengar bagi menutup keadaan sebenar," katanya. Baginda bertitah demikian ketika mencemar duli menghadiri Hari Ulang Tahun Rejimen Gerak Khas yang ke-50 di Kem Iskandar di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Hadir sama, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dr Zulkifeli Mohd Zin dan Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor. 

Sultan Ibrahim turut mengingatkan kepada pemimpin kerajaan yang dipilih rakyat supaya memikul tanggungjawab dengan penuh amanah untuk kepentingan umum dan janganlah mengutamakan kepentingan peribadi. - Bharian

0 comment... add one now