Kasih ibu membawa ke syurga. Itu lah yang boleh disimpulkan apabila seorang lelaki Chen Xinyin, 48 yang tidak menjadikan kecacatannya alasan untuk tidak menjaga ibunya yang sakit dan semakin meningkat usia.
Chen Xinyin dari Chongqing, selatan China hilang kedua-dua tangannya selepas terkena renjatan elektrik semasa berumur 7 tahun. Sejak dari itu dia belajar memasak, berkebun dan juga menjaga ibunya yang terlantar sakit.
Ibunya yang berumur 91 tahun semakin lemah tahun demi tahun. Sebulan yang lalu, ibunya lumpuh dan tidak boleh menggerakkan tangannya. Bagi Chen Xinyin pula, tanpa kedua tangannya dia terpaksa melakukan segala kegiatan harian menggunakan anggota badan yang lain termasuklah menyuap makanan kepada ibunya menggunakan mulut.
Dia tidak ingin menjadikan kecacatannya sebagai satu halangan, Chen belajar memasak. Tanpa tangan dia belajar memegang parang menggunakan kaki, menanam gandum, mencabut kulit jagung dan menenun bakul. Segalanya dilakukan sendirian tanpa pertolongan sesiapa pun.
Sedang pengemis di bandar-bandar besar boleh mendapat berpuluh-puluh ribu Yuan setiap tahun yang jauh lebih banyak daripada pendapatan Chen. Dia marah dengan cadangan untuk menjadi pengemis dan menjawab, “Saya tidak mempunyai tangan tetapi saya mempunyai kaki yang masih sihat. Saya tak akan cari duit dengan cara begitu.”
Apa jua kekurangan anda, jangan jadikan ia sebagai penghalang sebaliknya jadikan ia pembakar semangat untuk anda terus berusaha dan buktikan pada orang lain yang anda juga mampu melakukan apa sahaja.
Sumber: dailymail.