'Baru Guna Proton Iriz 8 Bulan, Pelbagai Masalah Timbul'



Saya telah menggunakan Proton Iriz 1.6 Premium baru 8 bulan. Namun pelbagai masalah yang timbul dan alami ketika dan semasa memandu. Antaranya:
  1. Lampu Handbrake menyala semasa memandu (Kadang-kadang)
  2. Air pencuci cermin sebelah tak keluar (Kerap)
  3. Bingkai getah cermin hadapan terkeluar
  4. Sensor undur ke belakang tidak berbunyi
  5. Sejak dan selepas menggunakan Irizi, lebih kurang 3 - 4 bulan ini, starter enjin untuk hidup kena buat 2 - 4 kali
  6. Sistem radio juga bermasalah apabila saya pasang lagu atau siaran radio yang terputus-putus
  7. 2 - 3 bulan pertama, auto lock kereta jem dan hanya pintu pemandu saja yang boleh dibuka dengan menggunakan Holder Door Button. 
Saya berharap pihak Proton peka dengan kualiti barang yang dipasang agar tidak berlaku perkara seperti ini. Selain itu, harap Proton dapat mengambil perhatian tentang masalah yang tersenarai di atas kerana saya yakin Proton akan memberikan yang terbaik untuk pelanggannya, setanding dengan harga dan tempoh. Kualiti itu lebih penting. - Zulkifli

1 comment... add one now

EMS Store EMS Store October 25, 2015 at 5:18 AM
exactly sama gan problem yang aku dapat.. Tapi orang dok pertikaikan cara aku drive sbb ni 1st car and 1st time aku drive.