Cara-Cara Pergi Ke Sungai Bangan Di Terengganu Yang Jernih Dan Cantik



Nota Editor: Cara-cara untuk ke Sungai Bangan, Terengganu ini telah dikongsikan oleh Murshid Haji Maktar (daripada Group Sunrise Xventure) khas untuk Vocket.

Hobi Murshid yang meminati fotografi, berkhemah, hiking, aktiviti outdoors dan sukan lasak merupakan penyebab beliau keluar setiap hujung minggu dan telah mendaki beberapa gunung dan bukit yang terdapat di Semenanjung Malaysia. Buat penggemar hiking, perkongsian ini mungkin boleh dijadikan panduan untuk anda ke Sungai Bangan yang jernih dan bersih ini.






Chemerong, Gunung Berembun dan Air Terjun Langsir (singkatannya CBL) sangat terkenal dikalangan pendaki. CBL terletak di Terengganu.

Namun tak ramai dikalangan orang awam yang tahu dan mampu untuk sampai ke sana disebabkan oleh pendakian yang mengambil masa hampir sehari (bergantung pada stamina) untuk sampai ke Air terjun Langsir (campsite). Biasanya hikers akan ke sana selama 3 hari 2 malam.

Saya bersama rakan daripada Sunrise Xventure seramai 35 orang bertolak dari KL pada khamis malam pada jam 11pm, dan tiba di air terjun Chemerong, Dungun pada jam 6 pagi.






























Kami solat subuh dan sarapan di cafe diikuti dengan pembahagian bekalan makanan/keperluan (rations) serta briefing oleh ketua kumpulan.

Pagi jumaat jam 8.30am kami mulakan pendakian dari air terun Chemerong. Pada jam 10.30am kami tiba di kem Y dan berehat seketika di sini.

Pendakian diteruskan ke puncak Gunung Berembun dan tiba di puncak pada jam 1pm. Di sini kami berehat selama 5 minit.

Dari puncak kami teruskan perjalanan ke Air Terjun Langsir (campsite) dan tiba di sana jam 3.30pm. Di sini kami pasang khemah untuk bermalam dan para pendaki melakukan aktiviti bebas.














Pada hari sabtu kami lakukan aktiviti bebas dan mandi manda di Jeram Lesung yang terletak bersebelahan dengan Air Terjun Langsir. Dan pagi ahad jam 9 pagi kami mula turun semula dari Air Terjun Langsir ke Sungai Bangan. Ia ambil masa lebih kurang 1 jam.

Kami mandi manda di Sungai Bangan selama 1 ke 2 jam. Dari jam 12 tengahari turun semula ke Air Terjun Chemerong dan tiba di bawah jam 5 petang.






















Pesanan saya, seperti yang seperti semua tahu kalau boleh barang-barang, makanan dan sampah apa yang kita bawa masukdan naik, pasti kan kita turunkan jugak. Kawasan hendaklah dibersihkan demi menjaga alam sekitar kita.

Saya paling takut kalau ada orang yang tak bertanggung jawab kotorkan air yang jernih dan hijau tu dengan sampah sarap mereka. - TheVocket

0 comment... add one now