Suasana solat jumaat sebentar tadi di Masjid Negara berlaku sedikit kekecohan apabila seorang lelaki dipercayai berbangsa arab telah bertindak menampar imam ke-2 masjid tersebut ketika sedang mengimamkan solat Jumaat.
Kejadian berkenaan berlaku ketika di solat Jumaat baru di rakaat pertama, menurut saksi ketika imam berkenaan baru sahaja selesai membaca Al Fatihah tiba-tiba datang seorang lelaki berketurunan Arab terus menampar imam tersebut.
Selain itu juga, lelaki berkenaan bertindak merampas pembesar suara dan berkata "You go Back!" berulang kali.
Tadi tgh solat jumaat di masjid negara, tgh imam baca surah, ada org rampas microfon, pastu jerit2 .. U go back... U go back.. Tak pasal2 kena mula balik solat..
Posted by Shaiful Izam Shahruddin on Thursday, September 17, 2015
[TERKINI] Seorang lelaki ditahan kerana menampar muka Imam 2 Masjid Negara sewaktu solat Jumaat. pic.twitter.com/2M83Vj3vBX
— Astro AWANI (@501Awani) September 18, 2015
Salah seorang pengguna media sosial Facebook yang kebetulan berada di Masjid ketika itu mengatakan :
Rasa teruja apabila imam solat Jumaat di Masjid Negara baca permulaan surah Al Ankabut yang sudah dihafal.
Bila imam masuk ayat kelima, suaranya hilang. Bunyi mic jatuh ke atas karpet.
Diam. Lama.
Saya dan makmum lain di bahagian luar setia menantikan 'Allahu Akbar' agar kami boleh turut rukuk.
Tiba-tiba, "Diammmm! Arghhh!"
Suara pergelutan sipi-sipi tiba di telinga.
Apa yang berlaku? Imam diserangkah? Kes seperti Umar Al-Khattabkah?
Tapi kami masih setia berdiri. Cuba untuk khusyuk.
Hinggalah pengumuman memenuhi ruangan masjid: "Solat semula."
Kelihatan di hadapan sana, sekumpulan manusia cuba membawa seseorang pergi daripada ruangan solat. Orang itu masih terjerit-jeritkan sesuatu.
"Allahu Akbar."
Kami angkat takbir buat kali kedua.
...
Saya tak nyatakan ini adalah apa yang sebenarnya. Saya solat di bahagian luar masjid dan ini adalah apa yang saya faham. Jika saya tersilap, maafkan saya.
Saya pun nak tahu kisah sebenar.
Pengalaman pertama takbir Solat Jumaat dua kali.
Peristiwa ini turut trending di laman twitter :
The attacker looked like a bearded white / Arab / Iranian guy. Motives of the attack are unknown. #masjidnegara #kl #malaysia
— Salam Khan (@MrAsk) September 18, 2015
Quite a commotion during 1st rakaat at Masjid Negara just now. I heard the Imam was held by 2 men & then smacked. Congregation restarted.
— Ahmad Zidni زدني (@zzeed) September 18, 2015
Kurang ajar betul tampar Imam Masjid Negara. Dia tak tahu ke kita ada bomoh negara Datuk Ibrahim Zin dengan Ayahanda Rani Kulup. Bangang
— Fred (@Fred9Fareed) September 18, 2015
Terkini Saksi mengatakan lelaki arab ini yang telah menampar imam. Sebarang kenyataan rasmi masih belum dikeluarkan.
Muka si fulan yang tampar Tok Imam Masjid Negara. pic.twitter.com/4y4HluqXvS
— HEADSINK (@headsink) September 18, 2015
Kredit gambar: Astro Awani
Ikuti perkembangan lanjut di KiambangMerah. Segala kemaskini akan diterbitkan di sini.