Kisah Wira Awang Dan "Wira Anak Zahid Hamidi" Yang Pasti Mencuit Hati Anda



Kisah 2 wira

Wira 1
SRI AMAN - Sejak 61 tahun lalu, bekas anggota Iban Trackers, Awang Raweng telah 20 kali terbang ke London untuk menghadiri majlis perjumpaan semula Batalion Pertama Rejimen Hutan Worcestershire and Sherwood. Kali terakhir lelaki Iban berusia 83 tahun itu ke sana adalah pada 27 Mei lalu.

Menariknya, kehadiran Awang ke majlis itu bukan sebagai tetamu biasa, sebaliknya dia dianggap orang kenamaan dan disambut serta dirai sebagai wira. Lebih menarik, dia turut diberi peluang menghadap Ratu Elizabeth II serta kerabat diraja lain di Istana Buckingham, di samping menerima elaun khas £100 (RM494) setiap bulan daripada kerajaan Britain.Demikian keistimewaan yang diberikan kepada anak kelahiran Sri Aman, Sarawak itu sejak dia menerima pingat keberanian tertinggi Britain iaitu George Cross pada 1951.

"Saya bukan siapa-siapa, cuma orang kampung dan tidak layak dilayan seperti orang kenamaan. Namun, disebabkan mempunyai George Cross, saya terus menerima layanan kelas pertama sepanjang berada di sana," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia baru-baru ini.

Sehingga kini, hanya 25 penerima George Cross yang masih hidup dan mereka terdiri daripada veteran perang di seluruh dunia yang pernah berkhidmat secara langsung atau tidak langsung dengan kerajaan Britain sejak perang dunia kedua.

Di Malaysia, George Cross setaraf dengan pingat Panglima Gagah Berani (PGB). Pingat yang dinamakan sempena King George VI itu dianugerahkan kepada Awang bagi mengiktiraf jasanya menentang kira-kira 50 komunis di hutan Kluang, Johor secara bersendirian untuk menyelamatkan beberapa tentera British yang cedera dalam satu pertempuran.

Diminta berkongsi pengalaman cemas itu, Awang memberitahu, dia datang ke Tanah Melayu sebagai Iban Trackers pada Disember 1950 dan diserap masuk ke dalam Rejimen Hutan Worcestershire and Sherwood yang berpangkalan di Kluang. Kata bapa kepada enam cahaya mata itu, ketika menjejaki komunis di hutan Kluang setahun kemudian, kumpulannya yang terdiri daripada 25 anggota diserang hendap kira-kira 50 musuh.

"Tiga orang askar British maut ditembak manakala tiga lagi cedera parah. Selebihnya berundur ke kem untuk mendapatkan bantuan meninggalkan saya seorang diri bersama rakan yang cedera.
"Saya tidak sampai hati meninggalkan mereka yang cedera parah dan memutuskan untuk terus melawan komunis menggunakan beberapa laras senapang dan grenad yang ditinggalkan rakan-rakan," katanya yang ketika itu baru berusia 22 tahun.

Menurut Awang, dia kemudiannya ternampak salah seorang askar British yang cedera di kaki sedang terbaring kesakitan dan terdedah kepada tembakan musuh. "Tanpa berfikir panjang, saya segera keluar dari tempat persembunyian dan menarik askar yang cedera itu. Pada masa itu, saya terkena dua das tembakan, masing-masing di pangkal paha dan lengan.

"Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa sakitnya terkena tembakan. Namun, saya memberanikan diri untuk terus menembak dan melempar grenad ke arah musuh bertalu-talu. Hampir sejam kemudian, musuh akhirnya melarikan diri. Mungkin mereka ingat kami ramai, padahal ketika itu, cuma saya seorang sahaja," katanya. Akibat peristiwa itu, Awang dirawat di hospital selama lima bulan manakala tentera British yang diselamatkannya, Griff Hughes terpaksa dipotong kaki kanan.

Setelah 60 tahun berlalu, keberanian Awang yang secara tidak langsung mengharumkan nama negara akhirnya diiktiraf apabila dianugerahkan Pingat Jasa Malaysia (PJM) sempena sambutan Hari Peringatan Perang Sarawak pada tahun lalu.

"Saya gembira kerana kerajaan kita akhirnya menghargai khidmat bakti saya," katanya yang kini menjadi Tuai Rumah di Nanga Skrang, Sri Aman.


Wira 2
Berjasa sebagai ketua perbarisan ketika menjadi askar wataniah
anda nilaikan sendiri...

admin berharap semoga jasa awang anak raweng yang tidak seberapa kepada negara ini, mendapat gelaran dato.

0 comment... add one now