Nampaknya keadaan jerebu semakin teruk dan tersebar luar. Bermula dari selatan sekarang sudah melanda ke negeri-negeri di sebelah utara juga. Nak lari ke mana lagi. Dua hari lepas, dari Melaka boleh lari ke Kuala Lumpur. Tapi nampaknya Kuala Lumpur dan Putrajaya pun dah dilanda jerebu juga. TIADA pilihan:
Lakukan perkara-perkara berikut untuk mengelakkan kesan buruk jerebu;
1. Tinggal di dalam bangunan selama yang mungkin
2. Pendekkan masa berada di luar bangunan. Keluar jika terpaksa sahaja.
3. Elakkan dari melakukan aktiviti fizikal kerana ia akan meningkatkan kadar pernafasan. Ini akan meningkatkan lagi pencemar udara disedut masuk jauh ke dalam paru-paru.
4. Banyakkan minum air bagi membersihkan habuk-habuk yang melekat di rongga
5. Guna topeng muka bila yang sesuai seperti topeng jenis N95. Ini adalah kerana N95 berupaya untuk menapis habuk-habuk halus yang terkandung di dalam jerebu. Topeng biasa atau surgical mask kurang sesuai, namun jika N95 tiada boleh juga menggunakan surgical mask. Dalam keadaan terdesak gunakan sapu tangan yang dilembabkan sebagai mask.
Walaubagaimanapun, N95 tiada saiz untuk kanak-kanak menyebabkan ia tidak sesuai untuk mereka.
Jangan dilipat N95, jika dilipat, ia tidak akan memberi perlindungan yang terbaik kepada penggunanya.
N95 yang tidak dipakai dengan betul akan menyebabkan ia tidak berfungsi sepenuhnya. Oleh itu pakai dengan betul. Lihat di bawah cara pemakaiannya.
Maklumat Tambahan
Partikulat terampai yang terkandung di dalam jerebu terdiri dari partikulat halus bersaiz 2.5 micrometers atau lebih kecil. Ini bermakna N95 masks berbanding surgical mask adalah lebih sesuai untuk digunakan semasa jerebu memandangkan ia mampu menapis partikulat sehingga 0.1 – 0.3 microns.“N95 mask mampu menapis sehingga 95 peratus PM2.5″
Kalau macam tu sesuaikah mask biasa?
Jerebu di Putrajaya juga ditahap tidak sihat: Sesuaikah mask biasa?
Cara Pemakaian Mask N95 dengan betul
Baca ini juga :