Mungkinkah Ini Konspirasi Tersembunyi Disebalik Tragedi Rempuhan Mina?



Tragedi Mina (Khamis 10zulhijjah 9am)

1)Saya tdk pasti dr mana ingin memulakan bicara berkenaan tragedi mina yg menyayat hati ini. Apapun semoga Allah menerima mereka yg gugur sebagai syuhada yg akan dibangkitkan Allah dlm keadaan bertalbiah dan berpakaian ehram, sekiranya matinya mereka itu disebabkan kejahatan org lain bukannya penyebab yg senghaja mahu melakukan rempuhan dan menyakiti jemaah haji yg lain.


2) Saya keluar drpd Muzdalifah 40 minit slps subuh mencari bas menuju ke mina, menaiki bas dan sampai ke masjid khif 6.40am,bergerak dgn tenang dan dpt lihat jemaah hj yg ramai tp tersusun dan tdk sesak sama sekali. Selesai melontar Aqabah jam 7am kemudian keluar ke Aziziah dan seterus menaiki motorsikal ke mekah dgn bayaran 150riyal utk jarak 3.5km. Saya tidur dirumah shbt student Ust hafiz Mekah 9am hinggalah hampir zohor dan terjaga oleh deringan hp drpd kak Lela dari Malaysia bertanyakan keadaan sy dan kematian yg ketika itu sudah 220org jumlahnya.

3) Internet saya aktifkan &banyaklah mesej yg masuk. Dan hinggalah sy solat asar, bertemu seorang jemaah hj mlysia berumur 78thn yg sesat, berjalan kaki dari khemah hj msia (Muaisim) hingga tempat sy tinggal di Mekah sekitar 12km! Saya dan ust hafiz mekah mohon dia berehat dan tidur dan akhirnya sy, abg izat dan ust wadi bawa dia hinggalah slmt sampai ke khemahnya maktab 90 jam 10mlm.

4) 10pm saya mula bermabit dan sempat membaca catatan yg ditulis oleh syeikh Dr Abdul Rahman bin Abdullah al-Jibrin. Yg berdepan secara langsung dgn tragedi mina dan dia sdn hampir2 maut.

5) Tolak menolak berlaku akibat pertembungan group besar (membulat) kemudian dirempuh oleh group besar kedua (ikut laporan awal jemaah iran sambil melaungkan syiar syiah mereka) yg dtg dr arah lain terus mengasak lorong sehala yg sdg sesak itu. Tragedi dicelah2 khemah mina itu (bukanlah lorong laluan asal jemaah hj utk menuju ke jamrah). Dan semua lorong jalan kaki menuju ke jamrah adalah sehala kecuali di laluan jalan antara khemah mina. Dan tdk sepatutnya berlaku kesesakan disitu.

6) Siasatan sdg dilakukan utk mendapatkan maklumat tepat berpandu kpd laporan saksi, kamera dan lain2. Bilangan yg maut mungkin semakin meningkat tetapi tdklah mencecah 717 org spt dilaporkan oleh media Iran.

7) Pengawal khemah2 mina yg berhampiran dgn tragedi maut itu sgt tdk profesional kerana langsung tdk membenarkan jemaah yg sdg bersesak utk masuk ke khemah2 mereka bg menyelamatkan diri drpd kesesakan dan tolak menolak. Ini menjadi sebab kpd bertambahnya angka maut selain faktor usia tua, dan mereka yg berkerusi roda!

8) Pihak keselamatan saudi yg bertugas didakwa lambat bertindak mengawal dan menyelesaikan kesesakan itu, mungkin kerana ianya berlaku ditempat yg diluar jangkaan.

9) Tragedi ini dijadikan kesempatan oleh kelompok2 syiah dan iran dan mereka yg anti Saudi, bhw arab saudi tdk layak mengendalikan pengurusan jemaah haji dan mengelolakan haramain syarifain. Sedangkan kebanyakan masalah adalah berpunca drpd sikap sebahagian jemaah haji itu sdn yg ambil mudah dlm soal kesihatan, Keselamatan, kebersihan, pentingkan diri sdn dan lain2 lg. Buktinya kotoran2 tandas walaupun air disediakan, sampah sarap arafah dan muzdalifah, menolak dan melanggar jemaah hj lain akibat mahu cepat sampai ke destinasi, bergerak dlm kumpulan bulat yg besar, melawan arus jalan, dan lain2 lg.

10) Semua pihak harus adil dan bertenang dalam menilai tragedi mina ini. Jemaah haji bukan berjumlah 100ribu org yg dtg drpd sebuah negara. Tetapi 2juta org yg dtg drpd puluhan negara yg pelbagai adat, budaya, bahasa, latar belakang pendidikan, warna dan jasmani yg berbeza2. Justeru sebaiknya kita menunggu siasatan penuh dan berita rasmi drpd pihak kementerian haji yg skrg ini sdg bermesyuarat tergempar dihadiri olh pimpinan tertinggi Kerajaan Arab saudi.

11) Saya yakin, Allah akan membongkar kejahatan2 pihak tertentu jika tragedi ini mmg dirancang dan disenangajakn. Dan sy juga yakin bhw mereka yg mmg menyimpan permusuhan dan kebencian melampau kpd Arab Saudi akan bergembira dan mencari 1001 alasan utk menyalahkan pihak pentadbiran Saudi yg disertakan dgn cercaan dan pembohongan!

12) Anda seorang muslim, bertaqwalah dan berlaku adillah.

Credit : FB Abu Anas Yeop

0 comment... add one now