Rupanya 7 Hadis Yang Ramai Orang Sebarkan Ini Hadis Palsu Dan Lemah



[Status Hadis] #1
Soalan / Hadis :
"Wahai Ali, bila pengantin perempuan masuk ke dalam rumahmu, maka (suruh ia) tanggalkan kasutnya ketika ia duduk dan (suruh ia) membasuh kedua-dua kakinya"

Penilaian hadis:
Hadis ini palsu kerana ia diriwayatkan oleh Abdullah bin Wahb al-Nasawi. Dia digelar dajjal (sangat berdusta) oleh Imam al-Suyuthy dalam al-Laali al-Masnu'ah (jld 2, hlm 142), Ibn al-Arraq al-Kinani dlm Tanzih al-Syariah (jld. 2, hlm. 199) al-Syaukani dlm al-Fawaid al-Majmu'ah (hlm. 126).
Tolong berhenti sebarkan hadis palsu seperti ini.
Jawapan oleh : Ustaz Rozaimi


[Status Hadis] #2
Soalan / Hadis :
"Barangsiapa membaca surah yasin dia akan mendapat keampunan Allah dan jika dibaca ketika lapar akan menjadi kenyang,sesiapa yang membacanya ketika barangnya hilang akan menjumpainya, sesiapa yang membacanya di sisi mayat maka akan diringankan ke atasnya dan sesiapa yang membacanya kepada perempuan yang ditakuti (keselamatan) anaknya maka akan dipermudahkan urusannya"

Penilaian hadis:
Riwayat ini daif bahkan munkar kerana ada 2 kecacatan:
- Terdapat perawi daif yang bernama al-Khalil bin Murrah al-Basri. Beliau daif pada majoriti ulama hadis semisal al-Bukhari dan beliau banyak meriwayatkan hadis munkar.
Jawapan oleh : Ustaz Rozaimi


[Status Hadis] #3
Soalan / Hadis :
[Hadis Tentang Kelebihan Wanita Hamil Dan Berjaga Malam Jaga Bayi]
'Dalam hadis tersebut dinyatakan kononnya wanita yang hamil mendapat pahala seperti ibadah puasa dan lain lain ibadah bahkan setiap titis susu yang diberikan kepada bayi maka wanita itu mendapat keampunan.Jika si ibu berjaga malam kerana menjaga bayi maka dia akan mendapat pahala memerdekan 70 hamba sahaya.'

Penilaian hadis:
Ia palsu kerana perawi yg bernama Amr bin Said al-Khaulani. Pandangan ulama hadis terhadap beliau:
- Imam Ibn Hibban berkata : beliau meriwayatkan hadis palsu dari Anas bin Malik yg mana mereka yg mendalami ilmu hadis akan mengakui kepalsuannya. [Al-Majruhin, jld. 1, hlm. 490]
- Imam Al-Zahabi berkata: beliau meriwayatkan hadis palsu [Mizan al-i'tidal, jld. 3, hlm. 261]
Jawapan oleh : Ustaz Rozaimi


[Status Hadis] #4
Soalan / Hadis :
'Kisah Nabi Adam turun ke bumi dan berlaku dialog antara nabi adam dengan malaikat.Nabi Adam meminta api dari malaikat untuk memasak.Kemudian malaikat meminta api neraka sebesar kurma dari Allah untuk diberi kepada Adam.Dari api itulah terhasilnya api di dunia ini'

Penilaian hadis:
Tidak dijumpai kisah ini dalam kitab-kitab hadis. Barangkali ia kisah israiliyyat.
Jawapan oleh : Ustaz Rozaimi


[Status Hadis] #5
Soalan / Hadis :
[Hadis Wanita Digantung Rambut Sehingga Mendidih Otak Di Neraka]
'Di dalam hadis itu diceritakan bahawa Fatimah dan Ali melihat Rasulullah menangis kerana terkenangkan peristiwa isra mikraj kerana di dalam neraka terdapat golongan wanita yang diseksa antaranya rambut mendidih sehingga terkeluar otak kerana tidak tutup aurat,Perempuan yang digantung payudaranya di neraka kerana 'mengotori' tempat tidurnya. Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mau mandi suci dari haid dan nifas'

Penilaian hadis:
Riwayat ini al-Zahabi sebut dlm kitab al-Kabair tanpa sanad. Begitu juga Ibn Hajar al-Haitami dlm kitab al-Kabair. Pengarang Kitab 'Uyun Akhbar al-Ridha (kitab syiah) menyatakan sanad bagi hadis ini tetapi sanadnya dipenuhi dengan perawi yg majhul (tidak dikenali) seperti Ali bin Abdullah al-Warraq dan Abdul 'Azim al-Hasani. Dalam sanadnya juga terdapat perawi bernama Abu Said Sahal bin Ziyad al-Azmi yg merupakan perawi terlalu lemah. Lajnah Fatwa Saudi menyatakan hadis ini palsu.
Jawapan oleh : Ustaz Rozaimi


[Status Hadis] #6
Soalan / Hadis :
Hadis Kelebihan Memotong Kuku Pada Hari Tertentu

Penilaian hadis:
Kata Ibn al-Jauzi:

هذا حديث موضوع على رسول الله صلى الله عليه وسلم، وهو من أفبح الموضوعات

Maksudnya: Hadis ini palsu ke atas Nabi sallallah alaih wasallam. Dan ia antara seburuk-buruk hadis palsu.
(Rujuk: Kitab al-Maudhu'at, jld. 3, hlm. 53)

Ada banyak hadis mengenai memotong kuku pada hari tertentu tetapi semua riwayat nya dikritik ulamak hadis.
Jawapan oleh : Ustaz Rozaimi


[Status Hadis] #7
Soalan / Hadis :
"Lepas maghrib hari ini 14/9/2015, akan datangla 1 zulhijjah. Rasullullah Bersabda "Barangg Siapa Yang Memberitahukan Berita 1 zulhijjah Kepada Yang Lain, Maka Haram Api Neraka Baginya". Dan tolong baca sebentar aja Kita dzikir sebentar ingat اَللّهُ ... "Subhanallah, Walhamdulillah WalailaHa ilallah Allahu-Akbar wa la haula wala quwata illa billahil aliyil adzim” Sebarkan!, Anda akan membuat beribu-ribu manusia berzikir kepada Allah SWT آمِّيْنَ آمِّيْنَ آمِّيْنَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ"

Penilaian hadis:
Hadis ini tiada asalnya, tiada sanadnya. Mohon hentikan sebarannya.

Jawapan oleh : Ustaz Rozaimi

0 comment... add one now