GUANGDONG - CHINA . Seorang wanita terkejut selepas nasi yang dimakannya adalah beras palsu yang diperbuat di gulungan kertas kecil.
 
Wanita yang hanya dikenali sebagai Cai hanya menyedari perkara tersebut selepas sukar untuk mengunyah nasi tersebut ketika makan tengahari.
 
Cai memberitahu wartawan, dia bersama keluarganya pada mulanya tidak menyedari perkara tersebut, namun selepas meenghabiskan hampir separuh nasi tersebut, dia  terkunyah sebutir nasi yang agak keras.



Menurut  Apple Daily, Cai kemudiannya meneliti nasi terbabit dan terkejut selepas nasi tersebut adalah gulungan kertas kecil.
 
Cai memberitahu polis tempatan, dia membeli nasi berkenaan dari seorang penjaja tepi jalan dan penjaja tersebut mendakwa beras tersebut ditanam oleh petani luar bandar dan tidak menggunakan sebarang racun perosak.
 
Awal tahun ini, laporan  mengenai nasi plastik yang dijual di pasaran China dan Asia.
 
Nasi palsu itu khabarnya dibuat dari campuran kentang, keledek dan resin sintetik.