Cara Permohonan Skim Khairat Kematian BR1M 2016

Cara permohonan Skim Khairat Kematian Bantuan Rakyat 1Malaysia 2016. Bagi pemohon atau penerima BRIM sedia ada yang telah meninggal dunia, waris atau keluarga si mati boleh mendapatkan wang bantuan Skim Khairat Kematian sebanyak RM1,000 menerusi kaunter LHDN atau Bank BSN yang berhampiran. Skim Khairat Kematian sebanyak RM1,000 hanya layak dipohon oleh waris bagi penerima BR1M yang meninggal dunia pada 1 Januari 2016 hingga 31 Disember 2016



Syarat Kelayakan Skim Khairat Kematian
Skim Khairat Kematian sebanyak RM1,000 hanya layak diberi kepada waris yang didaftarkan di Bahagian Maklumat Waris penerima BR1M kategori Isi Rumah dan Warga Emas yang meninggal dunia di dalam tempoh 1 Januari 2016 sehingga 31 Disember 2016.

Cara Tuntut Skim Khairat Kematian
1. Waris perlu membawa dokumen asal berikut ke kaunter Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)/ Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berdekatan:
  • Sijil Kematian
  • Kad Pengenalan Waris

0 comment... add one now