Berita Palsu Pegawai Kastam Terima Bonus Sebulan Gaji 2016






Berita palsu terkini pegawai kastam kerajaan terima bonus sebulan gaji mulai Januari 2016. Menerusi surat pekeliling yang tersebar bertarikh 11 Disembr 2015, seramai 13,334 pegawai kastam diseluruh negara akan menerima pembayaran bonus sebulan gaji sebagai pengiktirafan kerajaan kepada pegawai kastam yang memungut hasil cukai. Tambahan pekeliling itu lagi, pembayaran akan dibuat bersama dengan pembayaran gaji pada Januari 2016. Namun, semua pegawai Jabatan Kastam tidak akan menerima intensif bonus sebanyak RM500 seperti yang dibentangkan menerusi bajet 2016. Bagaimanapun, hasil siasatan mendapati pekeliling itu adalah tidak benar sama sekali. Tiada bonus sebulan bagi pegawai kastam melainkan hanya bonus intensif sebanyak RM500 sama seperti pegawai kerajaan yang lain.





Berita Palsu Pegawai Kastam Terima Bonus Sebulan Gaji 2016





0 comment... add one now