Cara Untuk Dapatkan Kad Diskaun KTMB Pelajar 2016

Borang permohonan Kad Diskaun KTMB khas untuk pelajar. Pada masa ini pelajar Kolej atau Universiti boleh menikmati tambang diskaun sebanyak 50% dengan menunjukkan kad diskaun KTM-i Card di kaunter berkuatkuasa mulai 7 Januari 2016.Tempoh sebulan diberikan untuk mereka mendapatkan kad KTMB i-Card Student. Ini adalah sebagai langkah kawalan bagi mengelakkan penyalahgunaan tambang konsesi pelajar oleh mereka yang bukan pelajar institusi pengajian tinggi atau telah tamat pengajian.



Syarat Permohononan
  • Pelajar Kolej/Universiti di Malaysia.
  • Terbuka untuk semua warga negara.
  • Yuran tahunan RM30.00.
  • Surat pengesahan pelajar Kolej/Universiti mesti disertakan.
  • Tempoh sah guna kad adalah setahun dari tarikh permohonan atau setelah tamat pengajian.
Cara Memohon
  • Pemohon mesti mengisi Borang
  • Permohonan KTMB i-Card.
  • Sertakan bersama surat pengesahan Kolej/Universiti.Yuran dibayar secara tunai.
  • Proses permohon boleh dilakukan di kaunter tiket KTMB di Aras 2, Stesen KL Sentral.
  • Operasi kaunter adalah dari hari Isnin – Jumaat .
  • Waktu operasi kaunter adalah dari jam 0800 sehingga 2030.
  • Borang permohonan dan surat pengesahan pelajar/borang boleh dimuat naik di www.ktmb.com.my atau diperolehi di kaunter Kad Diskaun, KL Sentral.

0 comment... add one now