Kesan Jangka Panjang Dan Cara Berhenti Melancap Dan Beronani



KESAN JANGKA PANJANG MASTURBASI, MELANCAP DAN BERONANI


“Salam doktor, saya ingin bertanya apakah kesan beronani?”

WA ALAIKUM MUS SALAM

Onani, masturbasi dan melancap merujuk pada perkara yang sama, iaitu mendapat kepuasan seksual bersendirian atau bersama pasangan dengan menggunakan tangan atau alat bantuan seks.

Perbuatan ini memang akan menyebabkan seorang lelaki mengalami tanda-tanda awal mati pucuk, seperti sukar mendapat kepuasan (lambat pancutan), sukar mendapat ketegangan zakar atau ketegangan zakar yang tidak maksima.

Bagi wanita pula selalunya sukar dikesan kerana mereka lebih suka mendiamkan diri walaupun tidak mendapat kepuasan seksual. Kebiasaanya wanita juga mengalami masalah ini kerana faktor wanita itu sendiri memang lambat mendapat kepuasan seksual dan faktor khitan yang keterlaluan di mana ada wanita yang dibuang keseluruhan clitorisnya.

Masalah ini berlaku apabila mereka yang melakukan onani ini biasa dengan melakukan sentuhan kasar pada alat kelamin mereka.

Selalunya masalah ini bermula selepas 5-10 tahun. Jika mereka mula melakukan perbuatan ini semasa remaja, maka selalunya apabila berumur akhir 20an atau awal 30an, tanda-tanda awal bermula iaitu zakar sukar keras, keras yang tidak maksima atau lambat pancutan. Bagi wanita pula mungkin rasa tidak puas ini lebih awal, malah ada yang merasakannya di awal perkahwinan.

Kesan ini akan cepat dirasai bergantung pada faktor jangkamasa ia melakukan perbuatan itu. Jika ia melakukan di awal usia remaja, semakin cepatlah ia mengalaminya. Faktor kedua ialah kekerapan. Semakin kerap melakukan onani semakin cepat ia mendapat kesan buruk onani.

Ramai bertanya, bagaimana jika melakukannya sesekali?

Dari segi perubatannya melakukan onani sesekali tidak memudaratkan. Dari segi syarie, ia adalah suatu dosa. Namun selalunya perbuatan onani ini mendatangkan ketagihan. Ibarat remaja yang merokok, mulanya sesekali, lama kelamaan semakin kerap dan semakin banyak rokok yang dihisap. Jarang orang yang melakukan onani ini tidak mengalami ketagihan. [1]


CARA BERHENTI MELANCAP

Berikut penulis sertakan cara-cara untuk mengelakkan diri daripada meneruskan tabiat melancap atau onani 

1- SEDARKAN DIRI Sedarkan diri anda bahawa perkara yang anda lakukan ini adalah salah dan boleh mendatangkan kesan negatif Mungkin dengan membaca bahan bacaan yang menerangkan keburukan melancap ia akan menyedarkan anda Bagaimanapun jangan letakkan diri penuh penyesalan kerana ia mungkin memberi gangguan kepada jiwa Sebagai manusia biasa tidak terlepas dari melakukan kesilapan, jadi buang yang keruh ambil yang jernih 

2- PUNCA RANSANGAN NAFSU Jika rangsangan untuk anda melakukan perkara tersebut datangnya dari internet tutup komputer atau peranti serta merta dan berbanyakkan istighfar dan cuba sedaya upaya fokus pada kerja lain Bagi pasangan bercinta elakkan daripada bercakap perkara yang mendatangkan kearah yang menaikkan syahwat 

3- JANGAN MENYENDIRI Kebiasaannya mereka yang kerap beronani ini lebih suka menyendiri daripada bergaul dengan orang sekeliling Jika berterusan begini hasrat untuk hentikan tabiat tersebut sukar direalisasikan Banyakkan bergaul dan cari kawan dengan cara ini ia akan membantu anda keluar dari kepompong kehidupan kesunyian anda 

4- SIBUKKAN DIRI Banyakkan aktiviti yang memanfaat diluar kerana ia akan membantu mencapai hasrat untuk berhenti daripada tabiat tersebut 

5- SENAMAN Selalunya mereka yang kuat beronani atau ketagih onani adalah individu yang kurang aktif dalam kehidupan mereka. Aktifkan diri anda dengan bersukan Apabila anda kerap bersukan dan senaman, minda anda akan jadi cerdas dan badan anda akan jadi cergas. Kesan bersenam, anda mampu untuk fokus pada sesuatu perkara Minda yang cergas boleh membantu anda untuk menilai yang baik dan yang mana buruk 

6- SEKS BUKAN SEGALA-GALANYA Selalunya mereka yang ketagih melancap akan berterusan melakukannya sehingga mereka puas Namun, apabila mereka sudah datang inzal, nafsu akan lari dari fikiran dan anda mula sedar yang apa yang anda lakukan itu adalah salah Ketika itulah anda akan rasa menyesal Anda perlu fikir kehidupan ini bukanlah hanya mengenai seks. Ada banyak lagi perkara penting dan seronok untuk di lakukan Setiap kali anda ingin beronani, anda fikir bahawa seks bukan kepentingan aku! 

7- JANGAN FIKIRKAN SEKS SEBELUM TIDUR Sebelum tidur, pastikan anda kawal fikiran anda Jika anda masih fikir mengenai seks, nafsu anda masih tidak mengalah sepenuhnya. Anda tegas, dan tukarkan fikiran anda ke arah lain 

8- BERPUASA Ubat paling mujarab untuk mencegah aktiviti onani adalah dengan berkahwin Bagaimanapun, bagi anda yang tidak mampu berbuat demikian, puasa adalah pilihan terbaik Puasa bukanlah menahan lapar dan minum sahaja tetapi adalah menahan nafsu 

9- TETAPKAN MATLAMAT Tetapkan matlamat untuk berhenti melancap selama–lamanya dan kekal dengan rancangan tersebut Jangan berhenti mencuba untuk berhenti jika anda terlalai dan melakukannya Sebagai manusia biasa memang kadang–kadang kita alpa Sebagai kesimpulannya, jika rasa tidak memiliki kekuatan minda, emosi dan fizikal untuk melakukannya, anda boleh mendapatkan bimbingan kaunselor. Usah biarkan tabiat onani menakluki anda Lawan dan segera mengawalnya sebelum perkara ini akan mendatangkan lebih keburukan pada kehidupan anda di kemudian hari


0 comment... add one now