Ramai Tidak Tahu Timun Boleh Ubati Sakit Gigi, Ini Caranya!


Sakit gigi memang membuatkan mood hilang. Dengan rasa tidak selesa, berdenyut sentiasa, memang hilang sabar sangat, menjadi buruk sehingga jadi lebih sensitif dan lebih mudah emosi.
Apatah lagi bila nak makan, memang tak la dapat makan dengan tenang. Rasa nak menangis je sentiasa.

Sakit gigi disebabkan oleh bakteria atau virus yang menyerang sekitar gigi serta gusi. Selain gigi yang tidak bersih, gusi bengkak kerana iritasi, gigi yang berlubang juga boleh menjadi penyebab utama terjadinya sakit gigi.
Untuk pengetahuan anda, ada satu cara semula jadi yang boleh anda cuba untuk mengubatinya.

Timun Ubati Sakit Gigi


Timun, boleh anda gunakan untuk merawat sakit gigi yang sangat ngilu. Caranya cukup mudah, hanya menghiris timun dan letakkan di atas gigi yang ngilu. 

Kandungan vitamin dan mineral serta rasa sejuk dari timun akan menenangkan gigi yang sakit. Selain itu, anda juga boleh menambah garam pada timun. Lebih elok jika sejukkan sebentar hirisan timun sebelum diaplikasikan pada gigi yang sakit. 

Bagaimana? Sangat mudah dan praktikal bukan? Sebelum merawat alangkah lebih baik untuk mencegah terjadinya sakit gigi dengan selalu menjaga kebersihan gigi. 

Jangan lupa untuk gosok gigi selepas makan dan sebelum tidur, elakkan makanan yang terlalu manis, terlalu panas, dan terlalu sejuk.

Baca juga : 20 Petua Melayu Lama Yang Kian Hilang Ditelan Zaman

0 comment... add one now