Kemaskini Permohonan Matrikulasi KPM Sesi 2016/ 2017. Anda seorang pelajar SPM 2015 yang telah membuat permohonan Matrikulasi 2016? Dipetik dari Portal Rasmi KPM, sukacita dimaklumkan bahawa proses kemaskini maklumat bagi pelajar yang mengambil SPM tahun 2015 yang telah membuat permohonan ke Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia sesi 2016/2017 adalah dari10 Februari sehingga 24 Februari 2016.
Kemaskini Permohonan Matrikulasi KPM Sesi 2016/ 2017
Kemaskini permohonan Matrikulasi adalah melalui laman sesawang KPM melalui ruangan e-Perkhidmatan berkala. Pengemaskinian memerlukan pelajar untuk memasukkan No Kad Pengenalan dan No Angka Giliran SPM.
Keputusan Permohonan Matrikulasi 2016 akan dikeluarkan dalam masa 30 hari bekerja selepas keputusan SPM 2015 diumumkan secara rasmi. Untuk makluman, pelajar atau pemohon tidak perlu menghantar salinan keputusan SPM ke Bahagian Matrikulasi KPM kerana keputusan SPM pelajar akan diambil dari Lembaga Peperiksaan Malaysia sejurus selepas keputusan SPM diumumkan.
Pelajar yang ditawarkan ke Program Matrikulasi KPM perlu mencetak sendiri surat tawaran kerana tawaran akan hanya dikeluarkan secara online sepenuhnya.
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi talian bantuan Bahagian Matrikulasi 03-8884 4083/ 4036/ 4040 dari jam 830 pagi hingga 430 petang pada waktu hari berkerja sahaja.