Susah Nak Tidur? Cuba Makan 7 Makanan Ini Sebelum Tidur




Menurut pakar kesihatan, kita memerlukan tidur yang cukup untuk jadi sihat dan cergas. Berikut merupakan jumlah purata tidur seharian mengikut usia.




Untuk mendapatkan tidur yang lena tanpa mengambil sebarang ubatan-ubatan, lebih baik anda cuba makan makanan yang kami senaraikan di bawah:

1. Pisang

Pisang berkesan seperti ubat tidur. Bahan-bahan yang terdapat di dalam pisang dapat merangsang relaksasi otot anda.

2. Teh Kamomil

Minuman ini akan membuatkan anda rasa relaks dan ianya menurunkan stress fizikal mahupun mental. Ia sesuai diambil sebelum anda tidur.

3. Susu Panas

Susu mengandungi tryptophan, iaitu amino asid yang mempunyai kesan sedatif dan kalsium yang membantu otak untuk menggunakan tryptophan.

4. Madu

Tambahkan sedikit madu ke dalam susu atau teh anda. Madu dapat memperbaiki kualiti tidur.

5. Kentang

Bukan french fries tapi kentang rebus atau panggang sesuai diambil sebelum tidur kerana ia akan membersihkan asid yang menggangu prestasi tryptophan di dalam badan anda.

6. Oat

Makan oatmeal sebelum tidur adalah satu cara terpantas untuk tidur.

7. Kacang Badam

Kacang bagus untuk jantung dan ianya juga dapat membantu kamu tidur kerana ia mengandungi tryptophan dan magnes. Kandungan protein di dalamnya juga membantu menstabil paras gula sepanjang anda tidur. Anda disarankan untuk makan sekurang-kurangnya 203 jam sebelum tidur.

0 comment... add one now