Honda Sahkan Inflator Beg Udara Pecah Dalam Kemalangan Maut





Kuala Lumpur, 27 Jun: Honda Malaysia Sdn Bhd hari ini mengesahkan inflator beg udara Takat Single Stge (SDI) di bahagian pemandu pecah dalam kemalangan yang menyebabkan seorang wanita maut dalam kejadian di Petaling Jaya semalam.

Honda menerusi satu kenyataan hari ini berkata perkra itu disahkan ketika pemeriksaan oleh PDRM bahawa inflator beg di bahagian pemandu kereta Honda City 2005 itu pecah.

Kenderaan yang terbabit dalam kemalangan itu termasuk dalam Kemas Kini Produk Malaysia (dipanggil semula) yang diumumkan pada 21 Mei 2015, memerlukan inflator beg udara Takata SDI bahagian hadapan pemandu diganti," kata kenyataan itu.

Menurut Honda, sejak 2015 kenderaan yang terbabit dalam kemalangan itu termasuk dalam panggilan semula bagi inflator beg udara Takata bahagian pemandu dan inflator beg udara Takata bahagian penumpang.

"Tiga notis panggilan semula dihantar kepada pemilik. Rekod kami menunjukkan pembaikan bagi panggilan semula itu tidak pernah selesai," katanya.

Dalam kemalangan semalam, wanita yang berusia 44 tahun itu terlibat dalam satu kemalangan kecil dengan sebuah kereta Mercedes Benz di Jalan Teknologi 3/1, Kota Damansara.

Dalam kejadian jam 11.45 pagi itu, kereta Honda City dipandu mangsa dikatakan bergesel dengan Mercedes Benz dan bomba yang tiba mendapati wanita itu sudah meninggal dunia dengan beg udaranya terbuka.

Honda Malaysia kini sudah berhubung dengan wakil keluarga mangsa bagi menyelesaikan perkara yang sepatutnya dan tidak akan menyiarkan maklumat peribadi mereka yang berkenaan sebagai menghormati keluarga mangsa. 

0 comment... add one now