Ketahui 7 Perkara Penting Tentang Isu Beg Udara Takata 'Beg Udara Pembunuh'


Kira-kira beberapa hari lalu, pihak Honda malaysia telah memanggil semuala kira-kira 147,894 unit kereta keluaran mereka bagi menggantikan peledak beg udara tempat duduk bahagian penumpang.

Tiba-tiba kita telah dikejutkan dengan kejadian pemandu wanita dari Petaling Jaya maut dalam kemalangan selepas inflator beg udara Takat Single Stge (SDI) di bahagian pemandu pecah.

BACA: Honda Sahkan Inflator Beg Udara Pecah Dalam Kemalangan Maut

Honda menerusi satu kenyataan berkata kereta berkenaan merupakan antara yang terlibat dalam kemaskini Produk Malaysia (dipanggil semula) yang diumumkan pada 21 Mei 2015 di mana ia memerlukan inflator beg udara Takata SDI bahagian hadapan pemandu diganti.



Krisis beg udara Takata.

Mesti ada yang masih keliru, apa sebenarnya berlaku. Apakah kecacatan beg udara ini sebenarnya serius?

Jawapannya YA!, beg udara anda berisiko menyebabkan kecederaan parah atau maut, beg udara Takata yang mempunyai peletup yang rosak boleh menyebabkan anda atau keluarga anda yang memandu kereta anda terbunuh.

Ia seolah-olah meletakkan sepucuk pistol di depan muka anda dan pemicunya disambung kepada satu batu yang tergantung, jika batu itu tersentap, pistol mungkin meledak.

Untuk lebih anda faham jom baca pengerangan ringksa dan padat yang dari portal pandulaju ini mengenai beg udara Takata.

1. APAKAH ISU BEG UDARA TAKATA?

Beribu-ribu beg udara Takata disahkan mengalami defektif atau kecacatan yang membabitkan bahagian pemandu, penumpang dan sisi depan. Secara spesifik pula, bahan kimia yang digunakan untuk mengembungkan beg udara itu sudah terjejas dan menyebabkan degredasi.

Kesannya, apabila kemalangan berlaku dan beg udara Takata mengembung, tindak balas bahan kimia yang sepatutnya mengembungkan beg udara menjadi terlampau kuat dan menyebabkan ia pecah hingga serpihan material di sebalik roda stereng menembak pemandu atau penumpang seperti peluru. Serpihan material inilah yang menyebabkan kecederaan serius atau kematian.

Menurut laporan polis di Amerika Syarikat (AS), keadaan mangsa-mangsa kemalangan beg udara Takata yang terselamat tidak ubah seperti ditembak atau ditikam.


2. BAGAIMANA BEG UDARA BEKERJA?

Beg udara berfungsi seperti penggalak (booster) roket solid.

Isyarat daripada sensor nyahpecutan kereta akan menghantar satu denyut (impuls) elektrik yang mengaktifkan campuran nitrogen dengan bahan kimia. Bahan kimia itu kemudian akan mengurai dan bertindakbalas pantas untuk menjana gas nitrogen panas, sekali gus mengembungkan beg udara dan terpacul keluar dari roda stereng, papan pemuka atau panel sisi. Proses pengembungan beg udara itu berlaku pada kelajuan 322kmj dan sepantas 1/25 saat (40 milisaat).

3. APAKAH INFLATOR BEG UDARA?



Ada tiga bahagian beg udara; beg, sensor (yang membuatkan beg mengembung) dan inflator.

Inflator beg udara terdiri daripada sebuah kanister nitrogen, iaitu kandungan gas yang akan mengisi beg udara, termasuk papan elektronik yang berfungsi mengaktifkan gas untuk mengembang dan mengisi beg.

4. APAKAH ITU SERBUK PUTIH?

Serbuk putih yang dibebaskan apabila beg udara mengembung ialah tepung jagung atau serbuk talkum (bedak) yang digunakan pengeluar sebagai bahan pelincir supaya beg udara sentiasa berada dalam bentuk terbaik apabila diaktifkan.

5. APA SEBENARNYA BERLAKU KEPADA BEG UDARA TAKATA?


Buat masa kini, kecacatan dipercayai berpunca daripada wafer inflator Takata berbentuk lengan kelawar (batwing) yang membolehkan lembapan meresapi masuk ke dalam peranti dan mengubah struktur kimia dalam peledak (propellant).

Akibatnya, peledak itu diaktifkan terlalu pantas hingga menyebabkan tindakbalas melampau yang memecahkan beg udara dan meledakkan serpihan material dalam kereta. Beberapa persoalan juga dibangkitkan seperti penggunaan sejenis bahan kimia, ammonium nitrat sebagai peledak.

6. APAKAH ITU PANGGIL BALIK?

Notis panggil balik (recall) dibuat apabila pengeluar seperti Takata menggesa pembeli memulangkan semula produk disebabkan isu keselamatan atau kecacatan yang boleh membahayakan pengguna. Panggilan balik beg udara Takata itu menjejaskan 34 juta kenderaan dan mencatatkan rekod panggil balik automobil terbesar dalam sejarah AS.

7. BAGAIMANA SAYA BOLEH TAHU BEG UDARA BERMASALAH DAN PERLU RECALL?


Sesetengah pengeluar akan membuat panggilan langsung kepada pelanggan mereka, dan ada pula yang mengeluarkan notis panggil balik di media massa seperti Internet dan media cetak. Namun, dalam kes beg udara Takata, pengeluar lebih menumpukan kepada hebahan media massa disebabkan jumlah kenderaan yang terjejas terlampau banyak.

Anda pula perlu sentiasa peka dengan perkembangan semasa. Walaupun bukan pemilik jenama kereta terlibat, tetapi jika anda mengetahui ada kalangan ahli keluarga, saudara atau rakan yang memandu kenderaan terjejas itu, anda sepatutnya mengambil inisiatif menyampaikan maklumat panggil balik yang dikeluarkan.

Bagi yang sudah mengetahui, anda boleh terus saja menghubungi pusat khidmat pelanggan pengeluar masing-masing untuk menetapkan temujanji dan mengesahkan status beg udara kereta anda. Pemilik kenderaan lama (2002 ke atas) ialah kumpulan paling berisiko mengalami masalah kecacatan beg udara Takata. Bertindak segera!

Berikut adalah jenama dan model yang terlibat dalam krisis beg udara Takata. - funtasticko

Jenama :  Honda

Model yang terlibat : Accord (2003 – 2011), City (2009 – 2011),  Civic (2007 – 2011),  CR-V (2008 – 2011), Freed (2009 – 2011),  Insight (2011), Jazz (2009 – 2011), Odyssey (2004 -2008)

Hubungi  talian bebas tol 1-800-88-2020 atau layari laman sesawang honda.com.my

Jenama : Toyota

Model yang terlibat : Vios (2007 – 2008), Corolla Altis (2007 – 2008), Yaris (2007 – 2008)

Hubungi talian bebas tol 1-800-88 6968 2 atau layari laman sesawang toyota.com.my

Jenama : Mazda

Model yang terlibat : Mazda BT-50 (2006 – 2011), Mazda 6 (2003 – 2007)

Hubungi talian 03 -7627 8999 atau layari laman sesawang mazda.com.my

Jenama : Nissan

Model yang terlibat : X-Trail (2002 – 2007), Teana (2004), Liberty (2003)

Hubungi talian 1-800-88 3838 atau layari laman sesawang nissan.com.my

Jenama : Suzuki

Model yang terlibat : Swift 1.4 CKD dan CBU (2012 – 2014)

Hubungi talian 1-300-88 6699

(Semua perihal servis lepas jualan Suzuki boleh dirujuk kepada pusat servis Suzuki yang sudah dijenama semula sebagai Proton, hubungi nombor di atas untuk maklumat lanjut.)

Jenama : Mitsubishi

Model yang terlibat : Triton 3.2 (2006 -2014)

1 comment... add one now