11 Pesanan Profesor Muhaya Kepada Ibu Bapa Dalam Mendidik Anak-Anak. Wajib Baca Ni!



Anak-anak ibarat kain putih yang suci dan bersih tanpa sebarang kotoran. Justeru, ibu bapalah yang berperanan dalam mencorakkannya. Mereka juga merupakan anugerah dan amanah Allah SWT yang tidak ternilai kepada setiap pasangan yang bergelar ibu bapa.

Dalam hal mendidik anak-anak misalnya, ibu bapa harus memainkan peranan penting. Mereka tidak boleh melakukannya sendiri sebaliknya memerlukan panduan terutama daripada orang tua. Berikut beberapa pesanan daripada pakar motivasi terkenal Profesor Dr. Muhaya dalam mendidik anak-anak, ini boleh dijadikan panduan bersama.

1. Kirimkan bacaan Al Fatihah

Jika tiba-tiba teringatkan anak, kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain" - yang ertinya "Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMu pohon pertolongan" mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang kita ingat.

Habiskan bacaan surah Al Fatihah, doakan semoga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanfaat dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.

2. Doa & pandang wajah anak

Pandang wajah anak semasa dia tidur dan ucapkan bahawa, "ibu hendak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan sewaktu anak tidur kerana waktu ini kita sedang bercakap dengan rohnya. Setiap ucapan ini adalah doa dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.

3.Solat hajat di sisi anak

Ketika bangun solat malam, solatlah hajat di sisi anak. Solat dalam bilik anak, dekat dengannya. Jika kita selalu melakukannya dan selalu memberitahu anak yang kita sering mendoakannya, dia akan merasai satu ikatan kasih sayang hakiki yang kita amat sayangkan dirinya serta mahu dia menjadi anak soleh.

4. Minta dikasihani

Ucapkan setiap masa bahawa kita sedang menunggu panggilan Allah. Jika dia tak menjadi anak yang soleh bermakna dia tak sayangkan  ibu bapanya dan tentunya kita akan merana di alam barzah nanti.

5. Peluk dan cium anak selalu

Selalu peluk anak walaupun dia sudah besar, sebagaimana kita menatangnya semasa kecil. Peluk dan cium sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.

6. Maafkan anak

Maafkan anak  setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati. Muhasabbah diri, mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita di masa lampau.

7. Jaga tutur kata & minta maaf

Jaga tutur kata kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hati anak. Jika ini berlaku kerana tidak sengaja, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk minta maaf pada anak. Mengakulah itu kelemahan kita tapi kita marah kerana dia buat salah, bukan bermaksud membenci.

8. Amalkan membaca ayat 40 Surah Ibrahim

Supaya kita, anak dan zuriat termasuk dalam golongan orang-orang yang tetap mendirikan solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]

9.Tekankan kemuliaan peribadi

Selalu ingatkan anak bahawa tidak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta menghafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia. Allah tak memandang wajah yang cantik tapi memandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia pun tak suka.

10. Berdoa ketika membasuh beras

Sewaktu membasuh beras niatkan "Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia.....untuk faham agamanya." Kenapa anak perlu faham agama? Kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibu bapanya juga ke neraka.

Basuh beras lawan jam ( seperti bertawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W.  Sewaktu melakukannya kerja ini hati jangan lalai dan ingat kepada Allah selalu.

11. Ucap kata-kata positif

Sebagai ibu bapa, kita perlu memberi kata-kata positif kepada anak. Apabila memarahi anak-anak, jangan sesekali mengeluarkan kata-kata negatif. Tindakan ini membuatkan anak jadi seperti yang kita ucapkan.

Kredit : www.keluarga.my

0 comment... add one now