Sebenarnya peringkat awal memang tiada kesan sampingan untuk kulit terbakar. Tetapi kalau terdedah terlalu lama untuk jangka masa yang panjang, boleh bahayakan kulit kita.
BAGAIMANA SUNBURN BOLEH BERLAKU?
Kulit mempunyai pigmen yang dikenali sebagai melanin. Ia berperanan menentukan corak dan warna kulit, serta melindungi kulit daripada radiasi cahaya ultra ungu.
Melanin merupakan mekanisma semulajadi kulit. tetapi pendedahan kepada cahaya matahari yang lama akan menyebabkan radiasi cahaya ultra ungu mengatasi melanin kulit dan menyebabkan sunburn.
Sunburn akan berlaku sekiranya kulit terdedah kepada cahaya matahari secara langsung melebihi 30 minit. Kanak-kanak dan warga tua yang memiliki kulit yang sensitif lebih mudah terkena sunburn.
JENIS-JENIS SUNBURN :
1. Sunburn tahap pertama atau ringanKulit menjadi kemerah-merahan disertai dengan rasa sakit.
2. Sunburn tahap kedua
Terdapat gelembung yang berisi cairan dan disertai rasa sakit.
3. Sunburn tahap ketiga atau berat
Rasa sakit yang kuat pada muka. Perlu jumpa doktor untuk dapatkan nasihat.
TANDA-TANDA SUNBURN :
1. Kulit kemerah-merahan.
2. Gatal kulit dan berasa panas serta kering.
3. Bengkak kulit dan menggelupas.
4. Sakit apabila baju tersentuh kulit anda
CARA-CARA MERAWAT KULIT YANG TERKENA SUNBURN
1. Kompreskan ais ke atas kulit yang sunburn untuk rawatan yang pantas.
2. Mandi menggunakan air sejuk. Terdapat beberapa cara mandian semulajadi untuk merawat dan mengurangkan kesakitan sunburn :
- Gunakan satu cawan cuka epal sewaktu mandi, sapu pada kulit yang sunburn untuk menstabilkan pH kulit yang terkena sunburn. Ianya membantu mempercepatkan rawatan.
- Rendam dalam mandian oatmeal. Ini khusus untuk kulit sunburn yang gatal.
- Sapu lavender atau chamomile essential oil sewaktu mandi untuk mengurangkan rasa sakit.
- Gunakan 2 cawan baking soda sewaktu mandi untuk mengurangkan iritasi dan kemerah-merahan pada kulit.
- Elakkan sabun atau pewangi sewaktu mandi kerana bahan ini boleh menyebabkan kulit yang sunburn menjadi lebih kering.
3. Gunakan losyen yang mengandungi aloe vera. Beberapa aloe vera produk mengandungi Lidocaine, sejenis ubat tahan sakit yang dapat mengurangkan rasa sakit sunburn.
4. Minum air dengan banyak! Kulit anda sedang mengalami kekeringan. Jadi, air sangat diperlukan untuk mengganti jumlah air yang hilang dan mempercepatkan proses rawatan.
5.. Letak kain yang sudah direndam dengan susu sejuk atau yogurt ke tempat sunburn. Susu mempunyai protein yang mengurangkan rasa sakit.
6. Guna buah tomato. Ambil 2 biji tomato, kemudian potong dua tomato tersebut. Gosok tomato yang dah dipotong ke tempat sunburn. Kemudian, keringkan kawasan sunburn selama 10 minit. Setelah itu, basuh dengan air suam.
7. Guna mayonis. Sapu sedikit mayonis pada kulit dan anda akan dapat rasakan kelegaan. Mayonis juga mengandungi cuka yang membantu mengurangkan kesan kulit terbakar.
8. Gunakan teh hitam atau teh hijau. Teh mengandungi tannins dan kandungan lainnya yang dapat mengurangkan bengkak pada kulit.
BAGAIMANA MENGELAKKAN DARI TERKENA SUNBURN?
1. Hindari matahari di antara jam 10 pagi hingga 3 petang, kerana waktu inilah radiasi ultra ungu sangat kuat.
2. Jika anda harus melakukan aktiviti di luar rumah, anda mesti menggunakan losyen penghalang/penapis cahaya (sunblock/sunscreen).
APA BEZA SUNBLOCK DAN SUNSCREEN?
Sunblock bertindak menghalang cahaya matahari dan memantulkan radiasi ultra ungu daripada terkena kulit. Ia mengandungi Zink Oksida atau Titanium Dioksida. Sunblock hanya memberikan perlindungan kepada kulit secara luaran dengan menghalang radiasi Ultra Ungu Beta (UVB). Ia sesuai digunakan oleh mereka yang berkulit sensitif.Manakala sunscreen meresap ke dalam lapisan dermis kulit dan mampu menangkis radiasi Ultra Ungu Alpha (UVA). UVA merosakkan kulit lebih teruk berbanding UVB. Sunscreen mengandungi Avobenzone dan Oxybenzone. Maka tidak sesuai digunakan oleh mereka yang berkulit sensitif.
Semoga tips ini memberi manfaat kepada semua!
Sumber : siraplimau, azeniahmad, ruzidah.com