"Asal nangis je dukung, asal nangis je dukung. Nanti budak tu jadi
manja," pesan ibu mertua kepada Farah yang baru pertama kali bergelar
ibu.
Betul ke kalau 'baby' menangis kita tak boleh dukung sangat sebab nanti dia manja?
Jangan risau kerana kajian telah membuktikan bahawa mendukung bayi sebenarnya memberi banyak kebaikan kepada mereka.
Jadi, tak perlu bimbang lagi 'amaran' orang tua-tua yang menakutkan kita, anak akan menjadi manja dan mengada-ngada kalau selalu didukung. Cuba baca hasil penemuan kajian yang dilakukan oleh para pengkaji tentang kepentingan mendukung dan memeluk anak ketika menangis.
1. Mengikut hasil kajian, kanak-kanak yang selalu dipeluk akan membesar sebagai individu yang lebih sihat, kurang tertekan, baik hati, lebih memahami dan lebih produktif.
2. Kajian tersebut dijalankan oleh Pakar Psikologi Notre Dame, Darcia Narvaez terhadap lebih 600 orang dewasa, dan mendapati mereka yang membesar dengan pelukan adalah lebih stabil, tidak bimbang dengan melulu dan memiliki kesihatan mental yang lebih baik.
3. Hasil kajian yang disiarkan dalam jurnal Applied Developmental Science ini menyatakan individu yang melalui zaman kanak-kanak dalam suasana positif dan dipenuhi kasih sayang membesar dengan kemahiran menyelesaikan masalah yang lebih cemerlang.
4. Para pengkaji telah mengaitkan kesan pelukan dalam tumbesaran kanak-kanak hingga meningkat dewasa.
5. Dr Armeet Singh, doktor pakar kanak-kanak dari Klinik Unitypoint di Bettendoft menyarankan ibu bapa menunjukkan kasih sayang pada si manja yang sedang meragam kerana ia penting untuk tumbesaran, dan hubungan yang lebih erat antara anak dan ibu bapa boleh terjalin.
6. Ketika berusia empat hingga enam bulan bayi sedang dalam proses mewujudkan hubugan lebih erat dengan ibu bapa atau penjaga mereka. Oleh itu ibu bapa digalakkan memberi tindak balas sekiranya bayi menangis, kerana mreka memerlukan anda.
7. Narvaez memberitahu bayi tidak akan menjadi 'manja' hanya kerana anda sering mendukungnya semasa dia menangis. Sebaliknya, tumbesaran bayi akan 'terganggu' jika anda membiarkan dia menangis tanpa dipujuk.
Apa yang dilakukan oleh ibu bapa ketika proses awal tumbesaran akan memberi kesan pada minda si manja apabila mereka membesar. Bayi mengharapkan lebih banyak sentuhan, pelukan dan dukungan. Mereka akan membesar dengan lebih baik.
Sistem tumbesaran saling berkait rapat. Jika anda membiarkan mereka menangis, sistem tumbesaran akan beralih menjadi tekanan. Individu yang tidak dibesarkan dengan betul akan lebih mudah tertekan dan sukar untuk menenangkan diri mereka.
Jadi, peluk dan manjakan bayi anda sekarang!
Sumber : Majalah PaMa