Secara tradisionalnya minyak zaitun sangat terkenal dalam potensinya untuk merendahkan kolestrol, mengelakkan penyakit jantung dan sangat rendah lemak. Diet yang berasal daripada Timr Tengah ini membuktikan Extra Virgin Olive Oil (EVOO) adalah yang terbaik.
Seorang lelaki biasa Greek akan memakan 20 liter minyak zaitun setiap tahun berbanding dengan lelaki Malaysia yang hanya 2 litre setahun. Jadi, apa yang membuatkan minyak zaitun ini sangat hebat?
1# Sebagai Pelembap Kulit
Bagi anda yang mempunyai masalah kulit kering, rawatlah dengan minyak zaitun selain menggunakan daun lidah buaya untuk memberikan kelembapan pada kulit. Kandungan vitamin E dalam minyak zaitun sangat baik untuk merawat masalah kulit kering.Sebelum tidur, bersihkan wajah sebelum memakai minyak zaitun. Keringkan wajah dengan kain lembut dan sapukan satu sudu minyak zaitun tersebut ke seluruh wajah. Hati-hati jangan sampai terkena mata. Penggunaan yang kerap membuatkan wajah semakin sihat, lembap dan berseri.
2# Menghilangkan Noda Jerawat
Memiliki parut jerawat membuatkan hidup stress juga kan. Bertenang, masalah ini boleh atasi dengan mencampurkan 1/3 cawan yogurt, 1/4 cawan madu, 2 sudu kecil minyak zaitun. Gaul rata sehingga masker menjadi likat. Sapu ke muka dan biarkan selama 20 minit. Kemudian bilas dengan air suam. Pakai seminggu sekali.Gabungan ketiga-tiga bahan ini mampu melindungi dan merawat radang kulit akibat jerawat selain menjadikan kulit lebih sihat, gebu dan lembut.
3# Merawat Kuku Rapuh
Kuku boleh menunjukkan tahap kesihatan seseorang. Kuku yang tidak bermaya atau kuku rapuh adalah petanda kepada beberapa masalah yang kita hadapi. Tetapi adakah anda tahu bahawa minyak zaitun sebenarnya boleh membantu meningkatkan kesihatan kuku?Apa yang anda perlukan ialah 2-3 sudu besar minyak zaitun. Celupkan bebola kapas ke dalam minyak zaitun itu dan sapukan pada kuku anda. Biarkan kira-kira 30 minit dan basuh dengan air biasa. Lapkannya sehingga kering. Lakukukan sekerap yang mungkin untuk hasil yang memberangsangkan.
4# Mengurangkan Risiko Kanser Payu Dara
Dikatakan bahawa penggunaan minyak zaitun dalam memasak boleh membantu mencegah kanser payudara. Dalam satu kajian di Arab Saudi, didapati bahawa oleuropein, iaitu suatu bentuk sebatian semula jadi yang terdapat dalam daun zaitun dan mempunyai ciri-ciri anti-kanser payudara.Dalam satu percubaan klinikal lain yang dijalankan di Sepanyol pula mendapati wanita yang menggunakan diet yang mengandungi minyak zaitun adalah 62 peratus kurang berisiko mendapat kanser payudara.
5# Membantu Mencegah Diabetes
Menurut Harvard School of Public Health, diet yang kaya lemak mono dan polyunsaturated, (seperti yang terkandung minyak zaitun) dapat membantu mencegah diabetes. Begitu juga dalam satu lagi kajian yang diterbitkan oleh The American Journal of Clinical Nutrition, penggunaan minyak zaitun membuktikan terdapatnya penurunan risiko diabetes terhadap wanita.6# Mencegah Alzheimer
Menurut Scientific American, enzim oleocanthal dalam minyak zaitun dapat membantu mencegah penyakit Alzheimer. Persatuan Kimia Amerika juga menemui hasil yang sama. Extra Virgin Oil didapati dapat meningktkan pembelajaran dan ingatan pada tikus. Maka, ianya menyokong kepada kemungkinan dapat diaplikasikan kepada penderita Alzheimer.7# Menguatkan Tulang
Jangan fikir Kalsium dan Magnesium sahaja yang dapat menguatkan gigi dan tulang. Anda mesti tak percaya bahawa minyak zaitun juga dapat menguatkan tulang.Dalam sebuah kajian yang melibatkan beberapa orang lelaki yang memakan hidangan Mediterranean, makanan tesebut didapati telah menggunakan minyak zaitun. Hasilnya, darah mereka didapati mengandungi tahap osteocalcin yang lebih tinggi, yang merupakan suatu petunjuk kepada pembentukan tulang yang sihat.
8# Menurunkan Berat Badan
Tak mudah rasanya bagi seseorang yang mengalami masalah berat badan untuk mendapatkan berat yang ideal lagi-lagi kalau anda seorang yang sibuk bekerja. Jadi, bagaimana caranya boleh turunkan berat badan tanpa senaman?Jawapannya dengan menjaga portion dan diet pemakanan. Gunakan atau campurkan minyak zaitun ke dalam setiap hidangan makanan anda kerana minyak zaitun juga bertindak sebagai ‘pemecah lemak’.
9# Mengawal Paras Kolesterol
Selain membantu menurunkan berat badan, minyak zaitun juga berupaya dalam mengawal kolesterol serta menurunkan paras kolesterol jahat (LDL) dalam badan. Minyak zaitun mengandungi lemak tepu dan tepu tak tepu yang sangat minimum. Kandungan unsaturated dalam minyak ini adalah sekitar 75 hingga 80 peratus yang membantu membina kolesterol baik dan HDL dalam badan.Penyelidikan yang dijalankan di Universiti Minnesota dan Universidad Autonoma de Madrid di Sepanyol mendapati telah menunjukkan bahawa penduduk Yunani, Cretan, dan penduduk Mediterranean yang mengambil minyak zaitun dalam diet mereka menunjukkan bahawa mereka mempunyai kadar risiko penyakit jantung yang jauh lebih rendah.
10# Meningkatkan Kualiti Organ Seks
Minyak zaitun juga mengandungi aphrodisiac, iaitu sejenis zat kimia yang digunakan untuk merangsang daya seksual. Kerana itu minyak ini kerap digunakan dalam perurutan kerana mampu dijadikan sebagai minyak aromaterapi.Dengan mengurut cara yang betul menggunakan minyak ini, ia berupaya meningkatkan peredaran darah ke seluruh bahagian badan, termasuk organ seks.
Tips Menyimpan Minyak Zaitun
Berikut merupakan beberapa tips penyimpanan dan penjagaan yang dapat kami kongsikan agar nutrisi minyak zaitun tahan lama dan sentiasa berkualiti.2) Minyak zaitun sangat sensitif terhadap cahaya matahari kerana cahaya tersebut akan mengurangkan kualiti minyak zaitun tersebut. Sebaik-baiknya, pilihlah minyak zaitun yang dibotolkan dalam botol kaca yang gelap.
3) Simpan minyak zaitun di dalam bilik gelap atau pada tempat yang tidak terkena cahaya matahari langsung. Suhu simpanan yang sesuai adalah suhu bilik atau sejuk (misalnya dalam bilik hawa dingin). Minyak zaitun mampu bertahan antara 8 hingga 12 minggu setelah dibuka.
4) Pastikan penutup botol minyak zaitun ditutup rapat dan ketat kerana kemasukan udara luar aan merosakkan kualiti minyak zaitun tersebut.
5) Jauhi minyak zaitun dari sumber tenaga panas seperti berdekatan dengan ketuhar atau atas peti ais. Kawasan yang berhaba panas juga mampu merosakkan nutrisi minyak zaitun.
6) Minyak zaitun boleh digunakan untuk menumis rempah dan bawang, tetapi jangan menumis ketika kuali benar-benar panas atau ketika menggunakan api yang kuat. Sudah memadai menggunakan api yang kecil.
7) Walaupun minyak zaitun boleh digunakan untuk menumis, tetapi ia lebih baik dan berkhasiat jika dihidangkan secara langsung ke dalam makanan misalnya dengan mencurahkan minyak tersebut ke dalam hidangan salad.