“Susahnya nak turunkan berat badan ni. Dah 2 minggu aku diet, tapi berat badan masih juga tak turun. Apa agaknya tips yang berkesan ya?”
Apa yang kita perlu untuk penurunan berat badan yang optimum bukanlah mengurangkan pengambilan kalori semata-mata; kita memerlukan satu gaya hidup sebagai penyelesaian yang akan menyokong usaha kita supaya lebih mudah.
Kajian telah menunjukkan bahawa individu yang melibatkan diri dalam gaya hidup tertentu dapat menurunkan berat badan lebih mudah dan lebih semulajadi daripada yang lain.
Jadi jom lihat tips gaya hidup di bawah dan mula melaksanakannya ke dalam rutin harian anda. Anda akan terkejut kerana ia lebih mudah untuk anda mengurangkan berat badan secara semulajadi, apatah lagi hidup anda juga akan lebih baik!
1) Tidur Yang Cukup
Anda mungkin berfikir bahawa tip pertama adalah sesuatu yang berkaitan dengan makanan atau senaman, tetapi cuba teka? Ini sebenarnya tentang kesihatan tidur anda.
Tidak kira berapa sihat anda makan atau berapa banyak anda bersenam setiap hari, dengan tidak mendapat tidur berkualiti yang cukup secara automatik ia lebih sukar untuk anda mengurangkan berat badan lebih semulajadi.
Tidur mengawal banyak hormon penting yang mengawal selia metabolisma, selera makan, dan fungsi tiroid. Tidur juga boleh mempengaruhi tahap gula dalam darah dan kesihatan jantung untuk jangka masa yang panjang.
Rehat pada waktu malam yang berkualiti juga boleh mengubah ketagihan anda terhadap makanan. Jadi tidak kira apa alasan, anda perlu tetapkan untuk tidur 7-8 jam setiap malam.
2) Mulakan Hari Dengan Makanan Tinggi Protein
Jika selama ini anda hanya bersarapan dengan roti dan kaya, apa kata cuba tukarkan dengan pengambilan makanan tinggi protein seperti telur. Protein yang terdapat dalam telur memberi rasa kenyang buat masa yang lebih lama dan turut berfungsi membakar kalori.
Dalam satu kajian, wanita yang memenuhi sekitar 2/3 keperluan protein harian (iaitu 30-39 gram) pada waktu sarapan akan berasa kurang lapar dan cenderung mengambil makanan yang kurang berkalori ketika makan tengah hari.
Paling penting, jauhi makanan manis ketika sarapan kerana ia boleh meninggikan kadar insulin dan secara tidak langsung menaikkan lagi selera makan anda untuk hari tersebut.
3) Makan Sebiji Epal Sehari
Epal adalah buah-buahan yang unik kerana ia mengandungi tahap pectin yang tinggi, sejenis serat yang boleh membantu anda menurunkan berat badan dengan lebih mudah. Pectin membuat anda rasa penuh dan kenyang lebih cepat walaupun jika anda tidak mengambil banyak kalori.
Pektin juga akan mengurangkan tahap gula darah, kolesterol tidak baik yang lebih rendah, dan ia juga membantu dalam penghadaman.
Ini adalah salah satu sebab mengapa ramai orang makan epal sebelum makan; ia membantu mereka mencegah daripada makan berlebihan bila tiba waktu makan. Epal juga satu sumber vitamin C, antioksidan, dan kalium jadi epal juga baik untuk tahap imuniti badan dan tekanan darah anda.
4) Lakukan Senaman Regangan
Maka dengan melakukan senaman regangan, seseorang lebih cenderung berasa gembira dan ini meningkatkan kesan hormon yang positif dalam tubuh. Selain itu, ia juga membantu melancarkan pengaliran darah, sekaligus menjadikan tubuh lebih bertenaga. Bila rasa bertenaga, kita pun kurang ‘mengidam’ untuk makan macam-macam makanan yang tak sihat.
Tak perlu pergi gym, di rumah dan di pejabat pun dah boleh buat senaman regangan kan?
5) Kurangkan Gula, ASAP
Gula merupakan makanan yang tidak membekalkan nutrisi dan kalori langsung untuk badan kita.
Jadi, amalkan buah-buahan sebagai pilihan apabila anda teringin untuk makan sesuatu yang manis, dan jauhkan diri anda daripada semua sumber gula yang terdapat dalam makanan yang diproses.
Anda juga perlu berhati-hati terhadap makanan yang kelihatan sihat, kerana tanpa anda sedari ia mungkin tinggi kalori. Bahkan, madu asli lebih baik untuk menurunkan berat badan berbanding gula, yang terdapat dalam makanan diproses.
6) Minum Air Lemon Suam
Salah satu tabiat yang baik untuk diamalkan adalah meminum air suam. Walaupun anda mungkin tidak berasa haus, sebenarnya tubuh kita terhidrasi sewaktu kita tidur. Sebuah kajian dalam The Journal of Clinical Endocrinology and Metabolism mendapati bahawa meminum 500ml air kosong dapat meningkatkan metabolisme tubuh sebanyak 30%.
Untuk mengaktifkan lagi sistem pencernaan, anda juga boleh menambahkan perahan lemon ke dalam air suam tersebut.
7) Minum Lebih Air Putih
Jika anda mendapati susah untuk minum air yang mencukupi, anda boleh mula dengan menggantikan pilihan minuman harian anda dengan air putih untuk membuat ia lebih mudah. Contohnya, kebiasaan anda minum air sirap waktu lunch, jadi mulai esok amalkan air putih ya.
Kenapakah air mampu untuk menurunkan berat badan?
Air bukan sahaja menyingkirkan toksin yang telah sedia tersimpan di dalam lemak dengan lebih mudah, tetapi ia juga membantu metabolisma anda supaya bekerja secara optimum. Tambahan lagi, penghidratan adalah penting untuk semua sel-sel dalam badan anda. Jadi minumlah secukupnya!
Jom Amalkan!
Hanya dalam 20-30 minit, anda boleh melakukan semua langkah ini dengan mudah. Selain membantu menurunkan berat badan, tabiat ini juga boleh membuat anda akan berasa lebih sihat, ceria, dan segar sepanjang hari. Cubalah!