Jom Follow Tips Ini Untuk Kuruskan Pipi Tembam Anda


Untuk kuruskan pipi yang yang tembam mungkin susah kalau badan nya juga besar.

 Sebab bila nak kuruskan badan, kita bukan boleh setkan bahagian mana yang kurus, contoh macam saya nak kurus bahagian peha sahaja. Lengan sahaja. Yang lain tak mau. Itu salah, kalau dah gemuk satu tempat, gemuk jugak lah yang lain. Kalau tak, memang tak stabil lah nak jalan.

 Walaubagaimanapun, memang ramai juga yang kurus keding, tapi pipi tembam. Muka naik. Tambah lagi bahagian pipi. Kalau nak panggil tak normal pun tak boleh juga, sebab ramai yang macam ni kan. Saya sendiri juga salah sorang nya.

 Tapi setiap ada masalah pasti ada penyelesaiannya. Dan ia memang bantu saya, tak banyak. Tapi dalam seminggu saya nampak perubahan. Namun, ye lah, manusiakan. Saya malas nak buat dan buat dan buat lagi. Sebab ia kena jaga pemakanan dan buat senamannya.

 Sebelum saya pergi lebih lanjut caranya, Izinkan saya share dahulu, bagaimana ia terjadi. Boleh?

3 Cara Kecilkan Pipi Tembam

  • Lakukan Senaman Rahang
Selain daripada senaman badan, kamu juga boleh lakukan senaman rahang atau muka yang di kenali sebagai ‘yoga face’. Teknik ini akan meregangkan otot-otot di wajah dan mengecilkan pipi. Lakukan senaman ini setiap pagi dan sebelum kamu tidur. Ia bukan sahaja mengecilkan pipi malah ia juga meanjalkan lagi kulit muka dan mengurangkan masalah kulit berkedut di wajah.


  • Urut Halus Di pipi
Teknik mengurut di bahagian wajah juga boleh menghilangkan lemak yang terkumpul. Buat urutan satu arah dari bawah ke atas. Untuk efek yang berganda oleskan sekali krim di wajah. Perlu di ingat, buatlah urutan yang lembut dan halus kerana kulit di wajah adalah kawasan kulit yang paling nipis.


  • Ais Batu
Pada individu yang miliki masalah kulit sensitive, apa kata gunakan sahaja ais batu dan tepuk-tepukkan ia di daerah dagu dan pipi selama beberapa minit setiap hari. Ia akan melegakan oto-otot wajah kamu dan secara tidak langsung merehatkan otot kamu yang sedang membengkak.

4 Senaman Kecilkan Pipi Tembam

  • Senaman Pipi
Mulakan dengan meletakkan tiga atau empat jari pada pipi dan tekan. Pada masa sama, cuba senyum sebesar mungkin. Lakukan 10 hingga 25 ulangan setiap set. Boleh buat 4 hingga 5 set sehari. Tangan merupakan rintangan dalam senaman ini.


  • Bibir
Cuba muncungkan bibir seolah-olah hendak bercium. Tanpa menggerakkan muka, cuba cium ke kanan dan ke kiri. Lakukan gerakan ulangan ini sebanyak 20 kali. Cuba buat dalam 4 hingga 5 set sehari.


  • Sedutan
Cuba sedut dan tarik pipi anda rapat dengan gigi dan tahan sekitar 5 saat lalu lepas. Ulang gerakan ini sebanyak 20 kali dalam 4 hingga 5 set.


  • Senaman O
Buka mulut seluas yang mungkin. Gerakkan bibir ke depan dalam bentuk O seolah hendak bersiul. Kembali ke keadaan asal. Ulang gerakan ini dalam 20 kali dalam 4 hingga 5 set.

Tips Hilangkan Dagu Berlapis


***Gosok di bawah dagu dengan urutan dari belakang ke depan

 ***Urut dagu menggunakan pergerakan dari bawah ke atas. Urutan boleh membantu mengetatkan otot dan merangsang peredaran darah.



PIPI DAN DAGU. Kedua-duanya saling berkaitan dan selalu menjadi masalah utama kepada wanita atau lelaki yang menitik berat tentang kecantikan. Biasalah,kita semua ni mahu sentiasa cantik dan indah di pandangan mata manusia lain terutamanya di mata orang yang kita sayang, lagi-lagi bagi yang sudah berkahwin mestilah nak sedapkan mata suami atau isteri masing-masing. Tetapi sebenarnya, mengecilkan badan jauh lebih senang berbanding mengecilkan pipi. Tetapi segalanya tidak akan menjadi mustahil jika kamu benar-benar berusaha untuk mengecilkannya betul tak? So ,Good luck semua !!

0 comment... add one now