SHANGHAI: Seorang pengusaha restoran makanan laut di sebuah pasar di sini terkejut besar selepas udang segar yang dibelinya di pasar berkenaan mengandungi gelatin semasa cuba memisahkan kepala udang berkenaan.
Selaps diselidik ternyata udang berkenaan adalah udang palsu di mana ia telah disumbat geletin bagi membuatkan udang berkenaan nampak besar dan gemuk.
Menurut peniagan berkenaan, semasa dia membeli udang tersebut memang nampak gemuk membuatkan minatnya tertarik namun semasa membersihkan dia terjumpa gumpalan gel di dalam isi dan kulit udang berkenaan.
Didapati di dalam isi udang tersebut mengandungi banyak gel gelatin menyebabkan dia naik marah dan mengambil gambar udang berkenaan dan dimuatnaik ke laman Weibo.
Beliau kemudiannya telah membuat laporan polis dan ternyata sebelum dia sudah ada mangsa lain yang terbeli udang palsu tersebut di sebuah pasar di Wenzhou.
Tindakannya mendorong agensi pemeriksaan ubat, makanan dan minuman China melancarkan serbuan dan pemeriksaan di beberapa pasar di seluruh China.